20100509

Tips-Tips Memilih Nama Domain


Selamat malam semua, aku sekarang tengah layan Mentor ni tapi masih sempat tulis n copy info ni dari email yang aku langgan petang tadi. Sebenarnya aku ni jenis yang tak suka tulis n baca entri yang panjang-panjang. Tapi tips yang aku dapat ni memang aku baca sampai habis. Semua blogger patut tahu cara-cara memilih nama Domain dengan tepat.

1) Akhiran yang baik.
Pada masa kini, akhiran “.com” masih menjadi pilihan yang terbaik bagi sesuatu nama domain. Sebagai contohnya, jika anda mencari sesuatu website dan anda hanya mengingati nama website tersebut, adakah anda akan mula mencari website tersebut dengan menaip “xxxxx.info” terlebih dahulu? Tidak, pastinya anda akan cuba menaipnya seperti berikut “xxxxx.com”

Jadi, cubalah dapatkan nama domain yang berakhir dengan “.com” seboleh-bolehnya untuk website anda. Tetapi, jika setelah anda penat berusaha dan masih tidak berjaya mendapatkan nama yang sesuai untuk website anda yang berakhiran dengan “.com” , nama domain yang berakhir dengan “.net” juga boleh dipertimbangkan.

Sebenarnya, anda juga boleh menggunakan akhiran “.biz” , “.info”, “.org” atau “.tv” untuk nama domain website anda, tetapi, pastikan terlebih dahulu anda mempunyai alasan yang kukuh sebelum memilih nama domaian yang berakhiran sebegitu.

Contohnya, jika anda ingin mencari nama domain untuk website syarikat televisyen anda, nama domain yang berakhir dengan “.tv” pastinya akan lebih berkesan.

2) Pendek
Nama domain yang pendek adalah lebih mudah untuk diingati, dan ia sekaligus mengurangkan keberangkalian kesilapan orang ramai untuk menaipnya. Jadi dapatkanlah nama domain sependek yang mungkin. Sebolehnya hendaklah kurang daripada 13 huruf (tidak termasuk akhiran .com). Ini kerana, menurut kajian psikolgi, seseorang lebih sukar/malas atau kerap salah apabila ingin mengeja perkataan yang melebihi 13 huruf.

Tetapi, jika tidak dapat juga. Menggunakan satu atau dua patah perkataan untuk nama domain anda juga masih kelihatan menarik dan mudah diingati.

3) Jelas & membawa maksud
Nama domain yang bagus adalah nama domain yang jelas serta dapat memberikan maksud serta gambaran yang tepat tentang sesuatu website hanya dengan membaca/menyebut nama domain tersebut. Oleh itu, pelawat akan mudah untuk membuat keputusan sama ada mereka mahu atau tidak melawat website anda apabila mereka melihat nama website anda di dalam senarai keputusan carian mereka di enjin carian.

Nama domain yang jelas juga senang untuk diingati sebagai suatu jenama di pasaran. Ya, ada juga sesetengah syarikat yang besar yang sungguh berjaya walaupun mereka tidak menggunakan nama domain yang jelas dan kurang memberi maksud seperti Yahoo! Tetapi, mereka telah membelanjakan kos yang agak besar didalam kempen pemasaran bagi mengukuhkan jenama tersebut.

Yang pastinya, teknik menggunakan nama domain yang memberi maksud adalah satu kaedah yang lebih baik daripada menghabiskan berjuta-juta wang hanya untuk memberitahu orang ramai apa sebenarnya yang anda lakukan di sebalik nama domain tersebut.

4) Katakunci
Nama yang mengandungi kata kunci serba sedikit dapat membantu posisi yang lebih baik di enjin carian dan ia mempunyai peluang yang lebih cerah untuk disenaraikan di antara 10 yang teratas tanpa sebarang usaha untuk mengoptimunkannya. Sememangnya, nama domain yang kaya dengan kata kunci juga turut mempunyai ciri nama domain yang jelas dan membawa maksud. Nama domain sepertiwebhosting.com pastinya lebih baik daripada menggunakan nama perniagaan anda yang bernama encikali.com yang sebenarnya menawarkan perkhidmatan web hosting.

5) Elakkan nombor
Nama domain yang mengandungi nombor juga seboleh-bolehnya dielakkan, ini kerana, nama domain yang mempunyai nombor boleh mengelirukan jika ianya cuba disebarkan kepada orang ramai melalui mulut ke mulut atau suara(radio), ini kerana laman web sepertiwww.anda2u.com mungkin akan disebut sebagai “anda to you” atau “anda dua you” atau.. “anda to you.. to tu dua tau.. nombor dua.. paham tak?”..

Aduh.. sungguh mengelirukan, kecuali jika ia ditulis dan disebarkan melalui medium yang dapat dilihat seperti tv atau poster.

6) Bunyi sama, ejaan berbeza
Nama domain yang mempunyai bunyi yang sama tetapi berbeza ajaan juga boleh mengelirukan sepertimana kekeliruan yang diwujudkan oleh nama domain yang bernombor. Nama domain seperti www.sitiaishah.com mungkin boleh mengelirukan jika ia hanya disebut tanpa ditulis atau dilihat, ini kerana, nama domain tersebut berkemungkinan mempunyai ejaan seperti:-
www.ctaishah,com
www.sitiaisyah.com
www.sitiaisha.com
www.sitiaysyah.com

jadi, elakkanlah nama domain yang mempunyai sebutan yang sama tetapi ejaan yang berbeza seboleh-bolehnya.

Antara ejaan yang sama tetapi sebutan berlainan adalah seperti ejaan yang mengandungi
“ai” atau “ay” atau “ i ”
“mi” atau “mee” atau “me”
“shah” atau “syah”
“mat” atau “md” atau “mad”

13 comments:

  1. info yg sangat bagus...masa untuk tidor dah ni..gudnite..!

    ReplyDelete
  2. @Ibu faheem BadBoy pun rasa cam tu masa mula2 baca....gudnite....hehe

    ReplyDelete
  3. aku silap tang part ada nombor tu, mula2 nak amik carnine tapi ada dah pakai..tu yg tambah 9 tu...

    ReplyDelete
  4. nice one! :D tp blum rasa nk berdomain. nk manja2 dgn blogspot dulu. ehhehe :D

    ReplyDelete
  5. nice one! tp belum rasa nk ber-domain lg. nk manja2 dgn blogspot lagi. hehe ;D

    ReplyDelete
  6. nak wat gak r..
    tapi skunk xsempat..

    ReplyDelete
  7. nice info! Thanks aily suka. Coming soon nak tukar domain gak! heeeee

    ReplyDelete
  8. @Nine takpe...bg aku...lu punya nama dah cukup elok, walaupun bernombor..

    ReplyDelete
  9. @Amirah Rashid takpa amirah...bila dah bersedia nanti leh la tukar...

    ReplyDelete
  10. Thanks semua...kerna sudi komen. Aku ada info menarik dari blogger terkenal Justkhai.com. Khai kata, selagi belum bertukar ke DOMAIN sendiri...kita tidak layak digelar sebagai seorang blogger.

    ReplyDelete
  11. @** a i l y ** tukar aily, lagipun awak dah serius berblogging. sudah tiba masanya awak tukar..haha

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Tinggal Respon Anda Terhadap Entri ni. Jangan jadi mulut longkang semasa komen. Komen dengan berhemah. Haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...