20100620

Sembang BadBoy

Gambar Hiasan

Assalammualaikum. Terima kasih pada yang datang blog aku semasa aku bercuti seminggu yang lepas. Minta maaf pada blogger yang email aku untuk bertanya tentang blog kerana aku belum sempat menjawap soalan korang semua.

Takda apa yang nak dikongsikan cuma nak sembang-sembang dengan korang dan sudi-sudi lah balas sembang aku kat ruangan komen. haha

Setelah seminggu aku tak online dan agak lama tak update entri baru, semuanya jadi kelam kabut. Traficc pun dah kurang, jumlah pelawat online dalam sehari pun dah menurun. Itu bermakna yang blog aku masih banyak lagi yang perlu di perbaiki. 

Dalam masa seminggu ni jugak banyak benda yang berubah. Contohnya sekarang dah ada widget baru yang bernama wawwi. Apa yang aku faham widget ini main peranan sebagai link exchange dan ia masih lagi dalam peringkat percubaan. Sebelum ni pun pernah ada widget yang macam ni tapi tak bertahan lama. Apa-apa pun aku akan menyokong tuan empunya widget ni cuma dalam masa terdekat ni aku tak akan guna sehingga ia benar-benar berkesan.

Dalam masa beberapa hari ni juga dah ramai blogger yang jana duit dengan mangga ad. Ia juga merupakan jenis pengiklanan yang serupa dengan Nuffnang dan korang perlu berhati-hati kerana jika korang berdaftar dengan Nuffnang ia mungkin boleh menyebabkan korang kehilangan status glitterati. Kerana ia adalah pesaing Nuffnang.

P/s : Haha, hujung bulan ni maybe aku cashout buat kali ketiga....huhu..

20100603

Buang Navbar



Hello semua geng blogwalking BadBoy. Anda kenal apa itu Navbar? Navbar adalah alat yang disediakan oleh Blogger.com untuk memudahkan kita untuk sign in atau sign out dari akaun kita. Ia hanya disediakan  jika anda menggunakan template yang disediakan oleh blogger.com sahaja. Tetapi ramai yang tidak menyukainya. Aku juga tidak suka Navbar ni. Tak comel. Jika anda mahu membuangnya, ikut langkah-langkah mudah di bawah.Tips ini untuk blogger baru. Haha

1. Sign in ke akaun Blogger.com

2. Kemudian klik Layout > Edit HTML

3. Letakkan code di bawah seperti dlm gambar di atas. (lihat contoh gambar di atas)
#navbar {
height: 0px;
visibility: hidden;
display: none;
}
4. Kemudian Save Template. Siap.

20100601

Lock CBOX


Pada pengguna Cbox, entri kali ni khas untuk anda semua. Sila ikuti langkah-langkah mudah untuk lock Cbox anda.

1. Login ke CBOX

2. Kemudian klik Publish ( lihat gambar dibawah)

3. Sekarang cuba lihat gambar di atas, buang tanda didalam kotak Enable Quick Link.

4. Kemudian klik Update.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...