Laptop

MacBook Pro

Apple memperkenalkan MacBook Pro baru, dilengkapi bateri terbina yang menawarkan sehingga lapan jam masa penggunaan  sekali cas dan 1,000 cas semula iaitu tiga kali lebih tempoh hayat berbanding bateri biasa. Ia turut didatangkan dengan skrin 17 inci paparan cahaya belakang LED, pad pengesan Multi Sentuhan sama seperti sebelum ini, kad grafik NVIDIA dan pemproses  terkini Intel Core 2 duo. Ia juga mesra alam kerana diperbuat daripada material guna semula, efisien tenaga dan senyap serta masih mengekalkan ciri ultra nipisnya serta ringan.

P/s : Sumber cerita dari MPC




Lenovo IdeaPad Y650

Siri Y IdeaPad menekankan siri definisi tinggi (HD) pada komputer riba saiz kompak, ringgan dan nipis. Y650 dikatakan antara komputer riba 16 inci ternipis dalam kelasnya dan menyokong 500GB storan HDD dan 4GB memori DDR3. Ia turut dilengkapi skrin lebar 16:9, kad grafik NVIDIA GFX untuk permainan dan memainkan semula video HD lebih lancar serta bunyi Surround Dolby Home Theater. Bagi meningkatkan pengalaman audio dan visual, terdapat butang khas OneKey Theater untuk pengguna menetapkan seting  bunyi, efek dan paparan. Sementara, teknologi pengesan wajah VeriFace hanya membenarkan individu tertentu mengakses komputer riba anda.

P/s : Sumber cerita dari MPC



Dell Inspiron Mini 9

Dell tidak mahu ketinggalan untuk keluarkan Netbook dengan memperkenalkan Inspiron Mini 9. Anda boleh melayari internet, sembang talian, Blooging dan strim kandungan atau muat naik foto dengan mudah. Dell juga bekerjasama dengan Box. net untuk tawarkan penggguna storan fail talian 2GB secara percuma dan boleh diluaskan sehingga 25GB. Box. net juga mempunyai platform terbuka OpenBox untuk pengguna edit dokumen atau foto secara terus tanpa perlu muat turun perisian. Ciri lain yang boleh didapati ialah kamera web  terbina, skrin 8.9 inci, WiFi dan Bluetooth. Harga sekitar RM 1, 200 - RM 1, 499.

P/s : Sumber dari MPC


Acer Aspire One

Acer Aspire One memang menarik dari segi warna, terutama warna coklat keemasan, nampak ekslusif. Ia dilengkapi WiFi 802.11  b/g yang ditambah dengan Acer Signal Up, bagi membantu anda cari signal wayarles lebih baik. Netboook ini juga tawarkan gabungan beberapa akaun emel pada satu tempat, memudahkan akses emel anda di Yahoo! Gmail, Outlook dan sebagainya. Seperti yang dinyatakan tadi, Aspire One juga mempunyai pembaca kad 5-dalam-1, perisian antivirus tersedia dan simpanan booleh dibuat menerusi kad flash 8GB atau HDD sehingga 120GB. Harga lebih kurang RM1, 399.

P/s : Sumber dari MPC
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...