20100420

Kereta Terbakar Kenapa Dan Mengapa??


Sebagai pemandu kereta aku dapat rasakan yang ramai nak tahu apa punca yang menyebabkan berlakunya kebakaran sewaktu kemalangan berlaku. Adakah ia berpunca daripada pemanduan kita, keadaan jalan, minyak yang digunakan sekarang atau kereta sekarang  menggunakan bahan-bahan yang berbahaya dan boleh menyebabkan kebakaran apabila berlaku kemalangan.

Aku pernah mengalami kemalangan pada 7 tahun lepas, aku menaiki sebuah MPV (Honda) masa kemalangan tu berlaku. Masa tu bulan puasa 3 hari lagi nak sambut hari raya. Kalau korang tengok kereta tu memang korang akan cakap yang pemandu dia mati atau orang yang ada dalam tu mesti mati. Masa tu dalam pukul 10 malam dan aku yang memandu kereta tu bersama 3 orang lagi kawan. Masa dekat dengan selekoh, aku tiba-tiba hilang kawalan dan terus melanggar pokok dan kereta terpelanting dan jatuh kedalam sungai (parit). Walaupun kemalangan tu teruk tapi allah masih sayangkan kami, tidak ada seorang pun tercedera walaupun calar.

Kenapa kemalangan banyak mengakibat kebakaran. Dalam beberapa bulan ni aku banyak berjumpa dan terdengar tentang kemalangan yang menyebabkan kebakaran dan yang paling dekat dengan kita sekarang arwah achik spin yang meninggal akibat kereta terbakar sewaktu kemalangan. Adakah semua yang berlaku ini biasa atau ianya luar biasa. Aku pernah berbincang mengenai hal ni waktu melepak dengan kawan-kawan di kedai kopi. Dalam banyak-banyak jawapan aku tertarik dengan 2 jawapan yang disuarakan oleh kawan aku, dia kata minyak kereta sekarang bukan macam dulu dan yang seorang lagi kata orang sekarang malas nak servis kereta di tempat yang sepatutnya, maksudnya pengguna sekarang banyak guna barang tiruan. Aku pun nak tahu juga apa puncanya dan pada korang yang tahu jomla pakat-pakat kongsi manalah tahu dengan kemon korang ni dapat menyelamatkan nyawa orang yang korang sayang.

16 comments:

  1. tkot sgt tgok keta trbakar

    ReplyDelete
  2. @CikGadis Jangan tengok...huhuhu...

    ReplyDelete
  3. rasanya sebab cuaca panas sangat kot..bila benda panas kena percikan api terus terbakar..ntah la

    ReplyDelete
  4. nasihat utk kes2 camni, biar lah lambat asalkan selamat.

    ReplyDelete
  5. @ddy the writer! lambat belum tentu selamat cik ddy...tapi sekurang2 kita dah memandu dengan berhemah kan cik ddy

    ReplyDelete
  6. Tulah, kalau tak terbakar tak apa, yang tersepit tu boleh ditolong lagi. Kalau tersepit lepas tu terbakar, seksa wo.. Minta2 lah dijauhkan perkara-perkara macam itu. Soal servis, tak tahu kenapa orang malas sangat nak hantar kereta pergi servis,. Makeup kereta rajin pulak :)

    ReplyDelete
  7. @Ismail Noh Allah oi....seram dengar Ismail..dah la tersepit, terbakar pulak tu..tapi aku rasa penyebab dia sebab minyak skg dah lain kandungan dlm dia..entah la

    ReplyDelete
  8. mungkin sebab kereta sekarang byk guna electronic n mudah terbakar kot.. n dlm kete pulak byk benda leh terbakar kan..

    tu yg terbakar..

    jom jemput komen kat lanunsepet

    ReplyDelete
  9. @LaNuNsepet electronic....mungkin gak, kan hari tu honda tarik balik kereta depa..

    ReplyDelete
  10. Salam Bro! Apa nak diherankan Bro...kereta parking baik2 pun boleh terbakar tiba-tiba inikan kereta lepas bang...litar pintas ke...wayar dah join ke...1000 satu sebab....

    ReplyDelete
  11. jawapan lecturer aku;

    it depends~

    haha...

    cmne leh terbakar? Bila 3 sumber kebakaran tu hadir bersama dalam satu masa, jadi la kebakaran.

    XD

    ReplyDelete
  12. sgt berbahaya jika merokok semasa memandu..perokok tak padamkn api, terus cmpakk puntung keluar kenderaan..ketika itu lalu sebuah kenderaan, pintu tmpt isi minyak terlupa nak tutup..masyaAllah, byngkn apa yg terjadi.

    tak pun minyak kenderaan tu tumpah..ada puntung rokok menyala..nauzubillah..

    ReplyDelete
  13. kemungkinan kebocoran tangki minyak...

    ReplyDelete
  14. SALAM..
    Sadisnya..gambar kereta arwah achik ke tu?
    bab servis saya setuju..servislah di sevis centre yang bertauliah..

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Tinggal Respon Anda Terhadap Entri ni. Jangan jadi mulut longkang semasa komen. Komen dengan berhemah. Haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...