20100414

Tips Untuk Kurangkan Kecederaan Semasa Di Jalanraya


Tips untuk di kongsikan dengan anda semua semasa berada di jalanraya. Untuk mengelakkan kecederaan yang teruk semasa di jalanraya senang je, kurangkan menaiki Motor dan banyakan menaiki kereta. Sumber yang mengatakan kebanyakkan kemalangan maut terdiri daripada penunggang Motor.

Pada zaman dahulu kita tidak berapa kisah sangat dan Motor menjadi pengangkutan utama untuk ke tempat kerja atau bersiar-siar dan pada masa dahulu juga kenderaan seperti kereta, lori dan bas tidak banyak di atas jalanraya.

Pada zaman sekarang boleh di katakan setiap rumah mempunyai lebih daripada satu kereta dan cuba anda semua banyangkan berjuta-juta kenderaan yang lebih besar daripada Motor anda dan jika anda menungang motor dan kemalangan berlaku anda mungkin mengalami kecederaan yang teruk dan boleh membawa kepada maut.

Kalau anda semua sayangkan isteri anda jangan berjimat untuk mengisi minyak kereta dan pastikan isteri anda menaiki kereta semasa ke tempat kerja, suami yang sayangkan isteri mestilah mengutamakan isteri dan bukan duit minyak. Aku menulis berdasarkan pengalaman yang berlaku kepada kawan aku yang mempunyai kereta dan tidak membenarkan isterinya menaiki kereta atas alasan minyak kereta yang semakin mahal. Isterinya terpaksa menanggung kesakitan apabila berlaku kemalangan dan dia sedar yang dia yang menyebabkan isterinya mengalami kecederaan yang teruk semasa kemalangan.

P/s : abaikan jika anda tidak mempunyai kereta...hehehee.... Orang zaman dahulu mati di sebabkan penyakit, orang sekarang mati di sebabkan kemalangan.

5 comments:

  1. betul tu. byk kmlgn yg berlaku pn melibatkan motor. sbb tu xberani nk naek motor :D

    ReplyDelete
  2. eii ngeri ..tapi tulah bile pegi keje balik keje naik motor tu mmg takut sgt..mcm tengah gamble nyawa jek..takut

    ReplyDelete
  3. alamak..saya penunggang motor tegar..cemana nih.. cuak lak..

    ReplyDelete
  4. @Yatre Hayati naik je bas atau kawin je...suruh suami hantar g keja...hahaha

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Tinggal Respon Anda Terhadap Entri ni. Jangan jadi mulut longkang semasa komen. Komen dengan berhemah. Haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...