20100507

Selamat Hari Ibu

Sedih bila mengenangkan yang aku pernah buat salah pada ibuku. Apabila entri ini ditulis, aku juga hampir mengeluarkan air mata mengenangkan perbuatan aku terhadap ibu aku. Sebagai seorang manusia aku tidak dapat lari dari melakukan kesilapan, aku ingin mengucapkan selamat hari ibu pada ibuku yang selalu berada disampingku semasa susah dan senangku.

Selamat hari ibu pada semua ibu-ibu di Malaysia, terutama pada blogger yang bergelar ibu. Jadilah seorang ibu yang bertanggungjawab. Segala kesusahan anda dalam melayan kerenah anak-anak akan dibalas didunia dan di akhirat. Semua yang anda lakukan akan dibalas dengan kebaikkan.

Kesakitan yang di alami semasa melahirkan kita tidak terbalas seumur hidup kita. Ibu, hari ini ku memperingatimu untuk mengucapkan rasa sayang dan berterima kasih padamu atas belaianmu, atas didikanmu, atas kasih sayangmu yang tiada tandingan. Ibu, kau ampunilah dosaku, andainya pernah menguris hatimu. Aku tidak derhaka padamu ibu, bahkan aku sangat cinta dan kasih padamu selamanya.

Selamat hari ibu buat ibuku.

9 comments:

  1. selamat hari ibu utk semua ibu ... utk sis jugalah yer...tihihi...

    betul tu,sakit melahirkan tu xterperi sgt...antara sakit yg paaaling sakit selepas sakit mati..

    sama2lah kita sedaya upaya mmbalas jasa ibu kita..ayah juge ;)

    ReplyDelete
  2. selamat hari ibu jugak....

    ReplyDelete
  3. Salam bro..begitu syahdu apabila membicarakan ttg wanita teratas ini..sesungguhnya tiada yang sepatutnya kita muliakan selain dia -IBU
    Keampunan dan doanya membuka pintu syurga yang luas buat kita....kesedihannya membawa ke neraka.Tiada kata yang indah dapat kita buktikan kasih kita pada IBU kerana apapn yang kita kata dan lakukan tidak dapat menandingi kemuliaannya di sisi ALLAH...
    SELAMAT HARI IBU>>>MAK!!!aku rindu.....pdmu

    ReplyDelete
  4. @Ummi Hanie aku dah pernah menunggu seorang ibu bersalin, aku tahu cam mana rasanya..

    ReplyDelete
  5. @INDRA QIRANA selamat hari ibu INDRA QIRANA...

    ReplyDelete
  6. @ASSOYFINGER67 WAA WAA WAAA...cam nak nangis lak rasa...

    ReplyDelete
  7. Uh...Saya juga tersentuh hati.
    Marilah kita menjaga mereka sementara masih sempat.

    ReplyDelete
  8. @Zikr the Jalanan Sepi Perantau selamat hari ibu jugak, zoelhilmi jaga hati ibu kita hari2 bukan setahun sekali..tul tak..

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Tinggal Respon Anda Terhadap Entri ni. Jangan jadi mulut longkang semasa komen. Komen dengan berhemah. Haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...