20100428

Tips Elak Diragut


Geram bila dengar orang di ragut, lebih marah jika dengar kawan sendiri di ragut. Aku merayu pada semua terutama kaum wanita, berwaspadalah korang apabila berjalan di kawasan yang berisiko. Janganlah korang ashik mengelamun atau termimpi-mimpi boyfriend/girlfriend semasa dijalan raya. Sentiasa amalkan Tips di bawah dan amalkan setiap hari. Lebih baik mencegah sebelum terjadi..

# Jangan letak beg tangan dalam bakul terbuka di depan motosikal.

# Simpan beg tangan dalam ruang atau tempat simpan berpenutup pada motosikal.

# Bawa dompet yang boleh disimpan dalam kocek. 

# Bawa payung untuk melindungi diri bila berdepan penjenayah.

# Berjalan bertentangan arus kenderaan supaya boleh nampak tindakan mencurigakan.

# Berhati-hati setiap masa dan tunjukkan kelakuan seolah-olah sangat cermat.

# Berwaspada mengeluarkan duit daripada mesin ATM atau ketika keluar masuk bank.

# Ketika berjalan, rapatkan beg tangan ke badan dan pegang erat dengan kedua-dua tangan.

# Jangan tinggalkan dompet atau beg tangan atas meja ketika makan di kedai.

# Jangan tunjukkan pamerkan kandungan dompet, terutama wang tunai atau barang kemas.


Keadaan mangsa yang dicari peragut :

a ) berjalan di lokasi yang sunyi dan gelap
b ) bersendirian atau berkumpulan 3 orang atau kurang
c ) berpakaian yang menyukarkan untuk bertindakbalas contohnya tight skirt, kebaya ketat dsb.
d ) menggunakan beg tangan yang bertali halus ( senang putus )
e ) berkasut tumit tinggi
f )  saiz badan yang kecil
g ) menyandang atau menggalas beg tangan semasa membonceng motorsikal

Panduan untuk mengelakkan :

a ) elakkan berjalan di lokasi yang mencurigakan
b ) sekiranya berjalan kaki, arah laluan mestilah berlawanan dengan arah lalulintas supaya kita dapat memerhatikan pergerakan kenderaan dari hadapan.
c ) seboleh-bolehnya berjalan dalam kumpulan
d ) pakaian yang bersesuaian
e ) sekiranya membonceng motorsikal, letakkan beg tangan dalam bakul motor dan ditutup ( contonya dengan sweater etc ). 

16 comments:

  1. bgus ar..letak brg penting dlm kocek..yg xpenting dlm beg, biar padan muka si peragut tu..hampeh je dlm beg..klu kena ragut pun xkisah..mesti myesal peragut tu..dan insaf bila tgk dlm beg ada surh yaasin xpun buku agama cth : taubat

    ReplyDelete
  2. ddy sokong ape yg badboy kate tu.. msti d amalkan

    ReplyDelete
  3. betullah..sentap betul dgn peragut2 yg makin berlambak-lambak skrg nie.semakin menganas pulak tu.maybe sebab 'dah susah' dpt mangsa kot.umur kebanyakkannya tu muda2 lagi.tapi malas nak usaha cara lain cari duit.apa yg boleh kita buat adalah follow apa yg dicadangkan di atas.sekurang-kurangnya risiko utk di rangut dpt dikurangkan.

    http://my-senseaddress.blogspot.com
    http://www.stormreaders.net/mNasir

    ReplyDelete
  4. kawan pernah kena ragut x lama dahulu..
    bf dia yg teruk luka2..
    cian kat diaorg

    ReplyDelete
  5. ada pelajar u buat pakaian kalis ragut
    tak ingat u mana

    ReplyDelete
  6. huhuhu..i penah kena ragut dulu walaupon da precautious..he acted like he wants to ask for direction bila i tunjuk jln kat dia he snatched my necklace..luckily neclace tu jatuh and i managed to get it back and lari sekuat2 hati..sampai sekarang fobia dgn mat2 motor yg bwk motor slow2 ni..

    ReplyDelete
  7. Salam.Pompuan jgn pakai rantai emas besar2...cukuplah satu sebagai tanda ...jangan bawa beg tangan...bawa duit kat poket ngan IC..kena praktik nie pasal peragut sekarang dah boleh membunuh...

    ReplyDelete
  8. simpan segala harta benda dalam poket je bila keluar rumah...

    ReplyDelete
  9. dunia ni tak selamaat da..aku nak masuk lam peti besi la cemni..

    ReplyDelete
  10. @CiK EdiToR kalau kena ragut pun tak kisah...tul ke cik editor tak kisha....huhuuu...tapi apa2 pun kena lahati2..jangan bawak duit cash n barang kemas banyak2 masa g jalan2...

    ReplyDelete
  11. @Md Nasir yap..betul tu MD Nasir...banyak peragut sekarang ni budak2 lagi....duit tu pun bukan digunakan untuk kebaikkan tapi untuk benda2 yg tak elok..

    Aku tulis pun bukan hanyak untuk masuk telinga kiri n keluar telinga kanan....mesti kena amalkan...huhu

    ReplyDelete
  12. Pada korang semua...pesanan aku , berhati2 la bila g shoping ke, balik keja ker...pastikan korang sentiasa berhati2...org yang rugi adalah org yang kuat berangan....

    ReplyDelete
  13. kalau nak gi shopping ke, mintak amalkan tips2 di atas tu ye, huhu...

    ReplyDelete
  14. @Yied Ko ni apasal yg rajin pulak skg komen kat entri aku ni..hehehe..pe khabo bro.abg ko sihat ke DAUS Ingat hijau Ingat Yied...hehehhe..pa pe pun thanks..

    ReplyDelete
  15. hari tu aku duk merempit ngan rumet
    pastu ada sorang makcik bawak moto sengsorang kat depan kitorang
    dah la sorang..bawak moto slow...pastu handbag dia buh gitu je dalam bakul
    siap tali handbag terkeluar drpd bakul
    isy...bahaya betul

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Tinggal Respon Anda Terhadap Entri ni. Jangan jadi mulut longkang semasa komen. Komen dengan berhemah. Haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...