20100511

Hidup Tidak Sentiasa Diatas


Hidup lebih mudah jika melakukan apa yang disukai. Kesilapan yang dilakukan tidak mudah jika mahu berubah. Untuk berubah kita memerlukan kekuatan lebih daripada kemampuan. Bagi seorang manusia biasa, kita hanya menurut apa sahaja yang diberi dan bukan menolak sesuatu yang tidak dapat ditolak oleh seorang manusia biasa.

Untuk berubah kita memerlukan pertolongan dari yang maha esa, kembalikan diri kita kepadanya. Sejak dari kecil kita diasuh, diajar supaya sujud kepadanya tetapi kenapa bila besar kita selalu lupa apa yang diajar semasa kecil. Jangan salahkan sesiapa jika kita yang memilih jalan untuk melakukan kesilapan.

Aku juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Aku tidak dapat lari dari melakukan kesalahan. Apa yang ada pada diriku hanya ilmu yang tak seberapa. Hidupku tidak selalu berasa aman. Hatiku sentiasa berdebar menjalani kehidupan. Hidup tidak sentiasa diatas, kita pasti jatuh bila tiba masanya.

16 comments:

  1. ermmmmm...betol tu kan.. hati nie tak pernah tenang..kecuali bila sujud kepadaNya.. aku jugak selalu berdoa pada tuhan supaya segala urusanku dipermudahkan..aku jugak berharap agar pasanganku mampu membimbing aku. semua orang mengharapkan hidup yang sempurna...tapi percayalah, kesempurnaan yang dicari sebenarnya tiada. kerana semua orang tak sempurna.. jika mahu lakukan perubahan, yakinlah pada diri.. kita sebagai seorang manusia yang lemah,tak terlepas dari melakukan kesilapan...so belajarlah dari kesilapan..jangan ulangi kesilapan yang sama, kelak pasti ada yang terluka...jagalah hati org yang kita sayang selagi dia bersama kita.. tunaikan tanggungjawap kita sebagai hambanya dan anggungjawap yg telah Allah berikan pada kita... jalan hidup kita..kita yang tentukan, sama ada nak ke jalan yang benar or salah... so fikir-fikirkanlah.. selamat beramal.. :-)

    ReplyDelete
  2. Anonymous4:40 PM

    insaf~~





    =)

    ReplyDelete
  3. perlu sentiase berpijak d bumi yang NYATA..smoge tdak tersilap langkah dlm mjalani kehidupan mu badboy..heheh..:) nice sharing..tatatititutu

    ReplyDelete
  4. @snow white susah kalau tiada bimbingan, walaupun seseorang tu dah tua dia masih lagi perlu dibimbing. Marah bukan jalan penyelesaian. inggattt...

    ReplyDelete
  5. @fecca kenali diri sebelum insaf..betul kan?

    ReplyDelete
  6. @Nuraisyyah aku hanya insan yang lemah..

    ReplyDelete
  7. aa..aaa...marah bukan jalan penyelesaian masalah. kekadang marah menguasai diri.. so jangan cepat panas baran..hehehe. jika tiada org mampu membimbing, kita boleh belajar kan???

    ReplyDelete
  8. tak semestinya kita akan jatuh
    tetapi yg pasti ujian tu setiap masa ada

    ReplyDelete
  9. Dugaan itu bagus untuk kehidupan bukan :)

    ReplyDelete
  10. same la kte..kte pn insan yg lemah..hikhik..klau xslah lagkah jugak..cpat2 la sdr dri balik ke pgkal jalan ok..?? hahak

    ReplyDelete
  11. @hans Betul tu..kita selalu diuji....

    ReplyDelete
  12. @.::WaNiE::. Dugaan itu pengalamankan...

    ReplyDelete
  13. walau ape pn yg kte buat, tp klau xde izin n restu Allah, mmg xkn jd. semoga kte sentiase berada dlm klgn org2 yg selalu mengingati Dia :)

    ReplyDelete
  14. salam....kena tukar nama dulu baikboy....sedap tak...buatlah sesuatu berpandukan syariah..jangan ambil cubit2 saja..telan semua..jauhi dosa2 yang dinafikan....macam jual dgn harga yg tak berpatutan...rasuah kecil2an...tetap rasuah...cakap yg menyakiti orang...yang pasti solat biar betul dan bukan sekarnya saja..aku juga insan yg lemah..ingat mati pasti hidup lebih teratur..agaknye..

    ReplyDelete
  15. @ASSOYFINGER67 ya shabas2 ...teguran yang bermakna....hehe

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Tinggal Respon Anda Terhadap Entri ni. Jangan jadi mulut longkang semasa komen. Komen dengan berhemah. Haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...