20100512

Perlukah pendidikan seks diterapkan disekolah-sekolah?


Perlukah pendidikan seks di terapkan di sekolah-sekolah di negara kita, buka minda dan mata anda. Jika di negara barat mereka diajar lebih awal dari kita. Mungkin sebab itulah kurangnya masalah pembuangan bayi di negara mereka. Malaysia sudah berubah, masalah pembuangan bayi semakin menjadi-jadi.

Semakin ramai remaja sekarang yang sudah terlanjur (bukan semua). Cuba lihat keadaan sekeliling anda, anda akan mendengar anak jiran sebelah lahir anak luar nikah, anak orang kampung sebelah, umur baru 14 tahun dah ada anak luar nikah. Remaja perempuan masih sekolah dah pandai menghidu gam dan juga masalah sumbang mahram.

Perkara ini berlaku kerana tiada jalan penyelesaianya, orang kita malu untuk membincangkan tentang perkara ini. Minda dan hati mereka tertutup untuk menerima pembaharuan. Sedangkan anak-anak mereka sudah selangkah di hadapan. Perlukah pendidikan seks diterapkan disekolah-sekolah?

Apa akan jadi pada umat manusia jika pekara ni berlarutan. Manusia berpecah belah, gejala sosial semakin bertambah, semakin ramai penjenayah dan bermacam-macam lagi masalah akan berlaku.

Sebenarnya perkara ini boleh dibendung jika semua pemimpin-pemimpin kita bersepakat berbincang mengenai masalah ini, tetapi apa yang terjadi sekarang mereka hanya mengejar sesuatu hanya untuk kepentingan sendiri. Mereka selalu bertengkar dan bukan membincangkan masalah yang dihadapi oleh rakyat. Sedarlah yang negara kita semakin mundur dan bukan semakin maju jika pekara ini berlarutan.

18 comments:

  1. hem aku sokong ianya perlu dilakukana

    ReplyDelete
  2. @newsaekib betul ...untuk kebaikan anak2 kita...

    ReplyDelete
  3. MELAKA: Usia mereka baru 11 tahun, namun tiga murid tahun lima sebuah sekolah rendah di negeri ini bertindak luar dugaan dengan meniru ‘aksi’ orang dewasa berkaitan hubungan seks.

    50-50 la kot rasanya..bila diberi pendedahan..dia nak buat exprimen lak..

    ReplyDelete
  4. @Faheem Jr beri pendedahan bukan semata2 mengajar cara untuk melakukan hubungan seks, tetapi ia juga turut mengajar apa itu sex ..bila dan bagaimana ia harus dilakukan. Mereka juga perlu diberitahu yang seks ini hanya boleh dilakukan apabila mereka sudah berumah tangga dan bukan sewaktu remaja.

    kita semua perlu paham yang pendidikan seks bukan mengajar cara2 untuk melakukan hubungan sex..tetapi bila dan masa yang tepat untuk melakukan...

    ReplyDelete
  5. Aku sokong ko BadBoy. Pendidikan awal itu penting. Buka mata hati anda...terimalah perubahan..

    ReplyDelete
  6. mungkin sudh tiba masanya hukum hudud dilaksanakan..cina, india pun stuju tp malngnya ada penentangan dr bangsa sendiri..kalau hukum hudud dilaksanakan tak timbul masalah rogol, seks luar nikah, tak ada lagi rumah pelacuran, buang anak..tak da nurin jd mangsa..

    kt barat, mungkin ditekankan bagaimana utk wt seks tnpa hamil..tu psl xda mslh pmbuangn bayi. pendidikan dri rumah sgt penting...ibubapa perlu ajr anak2 limit bts pergaulan antra bukn muhrim & mahram..pa yg blh & xblh..agr timbul sumbngmahram

    ReplyDelete
  7. @CiK EdiToR kenapa bangsa kita tidak setuju?? Kerana ia disebabkan adat dan sifat malu untuk berbincang mengenainya.

    Kenapa bangsa cina dan india bersetuju?? kerana mereka berfikiran terbuka menerima pembaharuan dalam era moden ini..

    ReplyDelete
  8. dlm pendidikan seks 2...nak diajar pe kat pelajar2 skola 2..hmmm..aisya sgt cnfuse..hmmmmmmmmmmm

    ReplyDelete
  9. Banyak benda yg boleh diajar seperti cara melakukanya mengikut hukum, apa yg boleh dan tak boleh semasa melakukanya, masa yang sesuai maknanya bila dah kawin la....kena bg tau yg bila lakukan sebelum kawin apa yg terjadi...seperti penyakit..

    Jenis2 penyakit kelamin jika melakukan seks sebelum kawin dan banyak lagi lah.....

    ReplyDelete
  10. perlu sebab budak2 skrg dah advance
    so,kena ajar dari kecik
    cuma cara pengajaran tu masih kena kaji
    biar sesuai dgn peringkat umur

    ReplyDelete
  11. @hans Betul tu hans, kena kaji biar sesuai dengan peringkat umur..tapi jangan pulak dok bagi pelajar tengok gambar lucah sudah la....

    ReplyDelete
  12. benda daripada diorang tahu sendiri lepas tu buat diorang tertanya2 hingga ada semangat nak mencuba
    baik kasi diorang ilm
    cuma jgn pi tunjuk video lucah
    just macam belajar biologi

    ReplyDelete
  13. Salam..bila kata seks orang akan kata yang anu tu ler...tapi sebenarnye pelajaran sek di sek lebih kepada...moral hidup...akibat sek tak bermoral..itulah aku cakap jgn bagi anak susu lembu...kan budak2 nie dah mengawan cepat...haha..cari punca lebih penting dari menghindarinyer...dengar dulu ..teliti baru buat tanggapan...kalau tak berserah saja..Kerana ALLAH tahu segala2nya...

    ReplyDelete
  14. Aku pun sokong gak demi untuk kebahgiaan rumah tangga.....

    ReplyDelete
  15. Pendidikan seks sememangye x perlu langsung diajar, takde manfaat lansung. Untuk apa? untuk tidak berlaku pembuangan bayi. , x berlaku zina?. Semua gejala pembuangan bayi itu adalah kerana sekarang adalah terlalu bebasnye pergaulan mereka. Bile belajar seks mereka faham, macamana gejala tu takkan berlaku. bukan begitu penyelesaian. jika mereka diajar sudah pasti , akan mahu mencuba ilmu yang diajar.

    Naluri sifat kasih sayang, hubungan kelamin , secara automatik akan Allah hadirkan kepada setiap pasangan yang dah bernikah. Ape perlu nk tiru barat. Mereka boleh bebas melahirkan anak tanpa nikah. Ade institusi utk menjaga anak2 tersebut.

    Jelas dalam alquran sebagaimana Firman Allah SWT Dan janganlah kalian mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.? (Al-Israa': 32)
    mengatakan jangan dekati/hampiri zina. Quran x kata jangan berzina. maksud jangan hampiri zina ini adalah perkara-perkara yg boleh mendatangkan zina, spt berdua-duan bukan muhram, pergaulan bebas, minum arak , juge spt pembelajaran seks. Adakah orang dulu x reti seks. Perkara pokoknye kembali kepada agama , Selagi hukum islam x didaulatkan selagi itu Allah akan timpakan bala- demi bala yg x dpt diselesaikan. fikirkan !!

    ReplyDelete
  16. orang kat malaysia nih bantah sebab diorang ingat pendidikan seks ini adalah cara2 buat seks or watsoever. sebenarnya pendidikan seks nih bukan camtuh. ada kes satu masa dulu sorang abang nih hantar adik dier ke wad emergency sebab adik dier berdarah. rupa-rupanya adik dia keluar darah haid jer. perkara camnih la yang diajar dalam pendidikan seks. memang la nama subjek tuh adalah Seks. tapi jangan la tak tau paper teros judge mende tuh seks semata-mata. kaji la dulu. haihhh

    ReplyDelete
  17. sepatutnya adalah pendidikan seks ni..cuma

    jangan terlalu lebih22 plak... huhuhu.. nnti makin teruk jadinye.. huhu

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Tinggal Respon Anda Terhadap Entri ni. Jangan jadi mulut longkang semasa komen. Komen dengan berhemah. Haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...