20100226

Macbook Pro Idaman Aku


Macbook Pro


Aku sebenarnya baru je beli laptop tak sampai setahun pun. Aku beli jenis Dell Studio yang bersaiz 15.6 inci dengan harga RM2900 melalui Website Dell. Selepas aku guna selama 6 bulan, tak banyak masalah yg aku hadapi. Laptop ni mempunyai 4gb Rem dan 320gb Hdd dan menggunakan Intel Core 2 duo T6400. Untuk pengetahuan korang semua selama beberapa hari ni aku ashik memikirkan tentang Macbook Pro, EHH budak ni baru je beli laptop sekarang dah nak tukar yang lain pulak (itulah ayat yg wife aku kata kat aku).

Bukan apa kalau dah setiap malam tidur ashik termimpi ja jawapnya nak kena beli la tu...hehehe..tapi harga dia agak mahal sikit kalau saiz 15 inci aku rasa dekat RM6.000 juga. Ok lah sahabat semua kalau aku dah beli nanti, aku akan kongsikan dengan korang semua. Khas untuk pelawat dan follower aku.

Apa-apa pun aku ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada korang yang sudi datang ke blog aku dan yang selalu tingalkan komen, aku harap kita semua menjadi blogger teladan kepada blogger2 baru. Prinsip aku bantulah dan berkongsilah kepada semua blogger walaupun ilmu kita tak seberapa, mungkin bagi kita ia tak seberapa tapi bagi blogger baru ia satu ilmu yang sangat berguna.

20100222

Sungai Dalam Laut

Kisah Air Masin Dan Air Tawar (Sungai Dalam Laut)




Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi "Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. ."Artinya: "Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus." Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi "Yakhruju minhuma lu'lu`u wal marjaan" ertinya "Keluar dari keduanya mutiara dan marjan." Padahal di muara sungai tidak
ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur'an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur'an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam
akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur'an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannyamutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.

Allahu Akbar...! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita , Mexico . Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.







Setengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai... luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.

P/s : Sumber dari email

I Love Bird Thongchai




Wajib korang tengok, kalau nak best lagi play dulu kemudian stop jap biar dia loading sampai habis kemudian play balik. Kalau korang takda video accelerator download dulu kat sini untuk layan youtube dng lebih laju..hehehe..dah dua kali bagi tau tapi takpa sebab kalau korang rajin dtg sini kena la download sebab aku suka letak youtube biar berat blog ni.

20100218

Cara Paling Mudah Menukar 'Font'


Cara paling mudah untuk menukar 'Font' di blog anda. Bagi template jenis Minima mungkin tidak susah bagi anda untuk menukar font tapi bagi sesetengah template agak susah untuk menukar font.

1. Masuk ke akaun Blogger
2. Pilih 'Layout' >> Add a Gadget >> Html / Javascript
3. Setelah download copy dan paste code ke Html / Javascript


P/s : Sumber dari Syamzone

20100208

Sepakat Ala Pening Lalat

Sekarang dah pukul 3.21 pagi, aku belum rasa mengantuk nak tidur. Bila saja nak tidur Tv3 main cerita Jangan Tidur Lagi, ni yang susah nak tidur baru nak lelapkan mata adlin dah suruh Jng Tidur Lagi. Tension betul la, aku memang dah minat cerita ni, jadi aku pun layanlah. Kebetulan dia main lagu Sepakat Ala Pening Lalat dng band Aqasha & The Remedy yang terdiri daripada Aqasha-Guitarist/Vocalist, Ted Adzelan-Guitarist/Bassist/Vocalist dan Adlin Aman Ramlie-Percussionist/Drummer/Vocalist.
Aku minat giler la kat band ni, yang mengherankan aku kenapa la diaorang tak siarkan kat YouTube. Pendekkan cerita, aku akan letak lagu Pening lalat ni kat Blog aku kalau dah ada kat YouTube nanti. Ok lah korang semua aku dah mengantuk ni, cau cin cau tido dulu..

20100205

Bila Bosan Aku Buang 1 Per 1

Selama 3 hari pagi ke petang, siang dan malam aku mencari template baru jenis yang 3 column untuk blog kesayangan aku ni barulah aku jumpa sampai nak deman rasa, setiap website dan blog aku redah sehingga lah aku terjumpa 1 Blog ni yang boleh download free template 3 column yg aku guna skg ni. Sebelum ni template aku agak berat untuk loading. Ramai yang komen kat aku tak jumpa chatbox la, kuning cerah mata la, lambat la dan mcm2 lagi..hehehe..thanks untuk yang komen sebab tanpa korang aku tak tahu pun yg Blog aku menpunyai masalah loading lama.
Mungkin sebab aku taruk terlalu banyak widgets kot dan selalu main kod css sampai problem fungsi otak blog ni. Template 3 column yang aku guna skg ni lebih senang mengubah warna dan saiz berbanding dng Template yg sebelum ni, yang seronoknya template 3 column ni boleh letak banyak widget, taruk je apa pun tak perlu risau tak cukup tempat. Maklumla aku ni jenis yg suka letak banyak widget bila aku bosan aku akan buang 1 per 1..huhu...

20100202

Canon Rock Japanese Collaboration

Untuk memahami makna gambar di atas sila lihat YouTube di bawah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...