20100129

Galery GambarKu

Assalamualaikum pada yang beragama islam dan selamat sejahtera kepada yang bukan islam. Aku ingin berkonsi dengan korang semua Blog yang aku design untuk anak kesayangan aku. Tujuan aku cipta Blog ni hanyalah untuk menyimpan gambar2 kenangan dari hari ke hari dan tahun ke tahun supaya suatu hari nanti dia dapat melihat proses pembesaran dia.
Bagi aku kita tergolong dlm golongan yang beruntung kerana dengan teknologi yang ada, kita dapat berhubung, bercerita dng lebih rapat lagi, walaupun kita berada jauh dari org yg kita sayangi. Aku hanya menggunakan kemudahan yg ada dengan menyimpan gambar anakku untuk tontonan sahabat2 aku di alam maya ini..Jika dahulu kita menyimpan gambar di album dan mungkin setahun sekali je kita akan buka album tu, tetapi di zaman sekarang tidak lagi, banyak kemudahan di sediakan untuk memudahkan kita.
Ni link untuk ke Blog GaleryGambarku http://galerygambarku.blogspot.com

20100128

Hujan Bunga Di Kuala Lumpur

Ini lah dia Ana Raffali yang popular dengan lagu Hujan Bunga Di Kuala Lumpur. Penyanyi yang makin meningkat naik dan sentiasa berbaju kurung jika berada di pentas. Pada pendapat aku Cik ana ni mempunyai pakej yang lengkap dan bakat yang besar cuma ia perlu diasah menjadi lebih baik.
Cuba bayangkan lagu Yuna dinyanyikan oleh Ana Raffali , pasti meletup. Bang Boommm...Cik ana ni juga banyak menghasilkan lagu hasil dari penulisannya sendiri. Apa-apa pun aku ingin mengucapkan good luck pada Ana Raffali. Untuk ke Blog Ana Raffali Klik Sini

20100126

Apa itu Nuffnang?

Salam semua untuk sahabat-sahabat dan followers aku. Aku bukannya nak kongsi cerita kali ni tapi aku nak korang tolong cerita kat aku apa itu nuffnang? Mula-mula aku mengenali apa itu nuffnang bila aku buka blog korang semua mesti ada banner nuffnang, aku pun belajar daftar dan letak banner tu kat blog aku, selepas menggunakannya aku lihat ramai yang tinggalkan komen kat shoutbox aku macam Cimb, Astro dan macam-macam lagi lah.
Kebetulan hari tu aku klik kat nuffnang dia masuk terus ke akaun aku dan aku lihat ada Rm2.00 dan akan dibayar apa bila mencukupi (ntah tak inggat). Setahu aku nuffnang macam Jutawan Klik atau MyspaceMoney, kita letak banner dia kat Blog kita. Bila korang klik aku akan dapat bayaran (tak tentukan harga dia), macam nuffnang sewa ruang iklan kat Blog kita lah kiranya kan...Ok aku juga nak tahu boleh ka 1 ip ads kita klik hari-hari.
Harap korang semua boleh kongsi dengan aku, untuk menambahkan lagi pengehtahuan aku dalam dunia Blog ni..

20100122

Ada Ilmu Yang Nak Aku Dikongsikan

Salam sejahtera semua, aku bukan nak tunjuk pandai tapi aku sangat berminat dalam mereka bentuk blog. Mereka bentuk Blog bermaksud menukar template untuk Blog anda dan menambah Widget di Blog anda, aku sedia membantu tanpa mengharapkan balasan ,tapi untuk Blogger baru je lah. Tapi kalau aku tak tahu aku juga berharap korang semua boleh bantu aku. Bukanya apa ilmu yang aku ada tak berguna jika aku tak berkongsi dengan korang semua dalam masa yang sama aku juga dapat pahala.
Gelaran yang aku guna untuk nama Blog aku BaDBoY hanya lah gimik semata-mata...Aku bukannya jahat sangat nakal tu ada la sikit-sikit. Jadi kepada Blogger baru, yang nak berjinak-jinak dalam dunia Blog ni aku sedia membantu korang cuma nak daftar Blog tu korang kena buat lah sendiri..Tinggalkan komen jika korang berminat..tak berminat pun tak salah kalau korang nak komen...hehe..

20100120

Internet Slow Tahap Dewa-Dewa

Pening2..aku paling pantang kalau internet slow, kenapa ha Streamyx dan Celcom tak perbaiki kualiti perhidmatan mereka. Dalam seminggu boleh di katakan 3 hari ada masalah line slow, nak buat kerja pun susah. Dah tahu pengguna makin ramai kenapa tak tambah je pencawang di setiap kawasan biar pengguna berpuas hati dengan perhidmatan mereka. Aku pakai Streamyx Wifi yang harga RM110 punya dan rumah aku berada betul2 di tengah bandar tapi dah mempunyai masalah line slow.
Streamyx kira ok lagi tapi kalau Celcom kureng sikit la. Nampaknya nak kena cuba try pakai Maxis atau P1 pulak mana tahu kot-kot line dia laju sikit di sebabkan pengguna dia tak ramai. Streamyx dan Celcom buat la apa pun supaya kami pengguna berpuas hati dengan perhidmatan yang di tawarkan. Aku hanya meluahkan perasaan aku kat sini jangan korang saman aku pulak..huhuhu..

20100119

Hantu Atau Manusia

Wah, bila sekali aku tengok video ni aku hampir mati kerana ketawa terlalu kuat. Siapakah yang rajin sangat buat lawak macam ni tentu dia seorang yang kreatif. Korang semua patut tengok video ni. Tapi ingat korang mestilah berumur 18 tahun keatas atau melalui bimbingan orang tua anda.
video

Google Chrome Vs Mozilla Firefox

Pada penulisan aku kali ini aku ingin bertanya pada korang dan membuat undian berkenaan dengan Google Chrome dan Mozilla Firefox. Soalan aku apakah Web Browser kegemaran korang Google Chrome atau Mozilla Firefox . Setelah beberapa tahun aku menggunakan Firefox kini aku telah beralih kepada Chrome kerana dulu pendapat aku Firefox lebih laju tetapi setelah aku menggunakan Chrome terbukti Chrome lebih laju daripada Firefox. Apa pendapat korang? Komen sikit..

20100114

Biar Murah Asalkan Jangan Second Hand

Wah...nak promote sikit, aku baru je setahun pakai Proton Persona yang nak di kongsikan disini selama setahun aku pakai kereta buatan Malaysia ni. Ada 3 masalah yang sering aku hadapi , selepas 3 bulan aku pakai power window dah problem, selepas 6 bulan air cond dah kondem dan juga auto lock yang kadang2 ok..kadang2 ko...tapi aku masih berpuas hati kerana semuanya ada warranty. Setiap kali rosak aku tak perlu keluarkan kos untuk membaiki, tu lah kelebihan kereta baru. Bukan bermaksud kereta second hand tak bagus tapi kereta second hand banyak modal yg perlu di keluarkan selepas membeli. Biar murah asalkan jangan second hand...Jangan biarkan bangsa lain pakai kereta baru kita pakai kereta depa...

20100111

Anak Sapa Ni (Harith Asyraf)


Wah sape ni, kali ni aku nak selitkan gambar anak kesayanganku yang baru saja berusia 4 tahun.haha,comel tak? anak bapak...jangan jadi mcm cerita P.Ramlee sudah...bapak ini semua salah bapak..bapak yg menyebabkan sazali jadi begini...hehehe

Gambar ni di ambil masa on the way nak balik rumah mertua, Kelate. Budak ni pantang nampak taman permainan. Tu dah puas la tu tunjuk-tunjuk tu, nak balik la tu. Huhu...

Sebenarnya budak bernama Harith Asyraf ni pun dah ada blog sendiri, kalau tak percaya cuba lihat sendiri. Klik sini atau layari http://galerygambarku.blogspot.com

20100108

Penyanyi No 1 Thailand Bird Thongchai



Aku mula minat kat penyanyi ni sejak 8 tahun lepas, sebenarnya aku tak suka nak tulis panjang2..kalau korang nak tahu ni lah Penyanyi No 1 Thailand (kalau dah tahu abaikan msg ni).

Lagu-lagu dia semuanya boleh dikatakan hits. Sebenarnya aku pun tak paham apa dia nyanyi, sikit2 boleh la. Tapi peminat dia terdiri dari semua golongan, tak kira tua atau muda. Kalau dia buat konsert mesti penuh. 

Kalau korang nak tahu umur dia sekarang kalau tak silap la dah masuk 43 tahun, sebenarnya banyak lagi koleksi dia, kalau korang nak dengar klik kat halaman Youtube. Kat sebelah atas tu je. Sebenarnya lagu ni tinggal banyak kenangan kat aku...hehehe.

20100106

Bukit Bendera Penang


Pengalaman pertama ke Bukit Bendera memang menyeronokan, tapi inilah kali pertama dan terakhir aku pergi. Untuk naik keatas Bukit Bendera korang perlu menaiki keretapi selama lebih kurang 30minit dan perlu berhenti ke 1 stesan untuk menukar keretapi yg lain.

Ruang keretapi yg boleh memuatkan lebih kurang 80 penumpang dlm satu masa memang menyeksakan kerana ia hanya mempunyai tempat duduk untuk 15 orang dan cuba bayangkan anda terpaksa berdiri dan bersesak2 selama 30 minit untuk sampai ke puncak dng perasaan takut.

Tetapi apabila korang dah berada diatas puncak satu perasaan tidak dapat di gambarkan bertapa sejuknya cuaca dan permandangan yang boleh melihat hampir seluruh penang membuatkan aku hilang penat dan ketakutan buat sementara. 

Pesta Pulau Pinang 2009

Tak nak cerita panjang2 tapi aku nak kongsikan suasana di Pesta Pulau Pinang tahun ni. Pesta yg di nantikan oleh aku pada setiap tahun. Haha
video
Video Di Ambil Oleh Bg Mie

20100105

Bila Wanita Menulis Tentang Komputer



Hari kedua aku menulis, pernah dengar nama WaidaKmy? Abaikan msg ini jika korang dah tahu, yang inggin aku kongsikan disini Website Blog ni banyak membantu aku mengingati kembali apa yang aku belajar dahulu cara-cara menggunakan komputer dengan lebih bagus. Penulis juga berhajat hendak mengeluarkan buku hasil penulisanya dan jika ia sudah dikeluarkan, aku juga salah seorang yang akan membeli buka hasil tulisan WK.

Banyak juga tip2 yang aku dapat disini. Nama dan tajuk yang cukup unik bagi aku. Wanita Dan Komputer (Bila Wanita Menulis Tentang Komputer). Bahasa dan penulisan yang senang di fahami dan juga korang boleh dapat info terkini tentang komputer...

Apa yang aku tahu, tak ramai kaum wanita yang meminati untuk belajar tentang sistem komputer kerana ia lebih kurang kerja yang memerlukan tenaga dan sikit sebanyak ia akan bermain dengan kotoran, hehe. Tapi zaman sekarang dah ramai wanita yang minat bermandi peluh dan bermain dengan kotoran ni..haha. Untuk ke Blog WaidaKmy klik sini

20100104

Streamyx Vs Celcom


Guna Streamyx jika di rumah dan guna Celcom jika di luar, macam mana tu. Aku suka Streamyx sebab dia laju dan tiada tandingan, aku guna Celcom sebab terpaksa, ia senang di bawa kemana-mana. Yang tak bestnya semua tempat makan yang aku suka semuanya takda Streamyx wifi jadi terpaksa la aku guna Celcom broadband. Dengar kata Celcom nak tambah pencawang kat belakang rumah kita tahun ni...betul ke?

Memang sudah tiba masanya mereka memikirkan tentang kepentingan pelanggan, jangan biar pelangan merunggut. Kalau dah tambah pencawang dapat menyelesaikan masalah, tolong la tambah. Internet sangat penting bagi kami sebagai blogger, kemana sahaja kami pergi, kalau boleh kami mahu ada line internet.

Walau bagaimana pun, kita patut menyokong tindakan TM menambah pencawang bagi menyelesaikan masalah yang kita hadapi. 

BroadBand Kena Potong


Aku baru balik dari tempat makan di medan selera Kuala Perlis, macam selalu aku bawa laptop dan broadband untuk layan facebook kat sana, selepas je order aku pun buka laptop dan nak connect internet...alamak nape naik macam ni...la rupanya dah kena potong, cis geram betul..time2 macam ni la dia nak potong...nampaknya terpaksa la lepak je. Nasib baik kat rumah aku pasang streamyx sebab tu la aku tak tahu yang broadband dah kena potong.

Sebenarnya pakai broadband ni tak la berapa best sangat sebab ia selalu ada masalah line slow, boleh dikatakan ia tidak sesuai digunakan jika korang adalah salah seorang blogger tegar. Aku syorkan korang guna streamyx kalau korang rajin blogging kat rumah sebab streamyx memang line internet paling best buat masa ni.

Bagi orang baru nak berjinak-jinak dengan internet takpe la kalau nak pakai broadband, lagipun bukanya teruk sangat broadband ni cuma maksud aku, kalau korang ni blogger tegar dan selalu online dirumah memang patut guna streamyx.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...