20100429

Duit Dari Nuffnang

Aku tak pernah mengharap untuk dapat duit daripada Nuffnang. Aku juga tak mengharap yang korang semua klik iklan Nuffnang aku, walauapapun aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada sesiapa yang telah meluangkan masa untuk klik iklan Nuffnang di blog aku.

Hari ini adalah hari bertuah aku kerana iklan nuffnang yang korang klik sudah melebihi RM50.00. Sebenarnya dah lama aku tak buka website Nuffnang, apabila aku buka hari ni aku terkejut kerana ia sudah melebihi RM50.OO. Mungkin rezeki aku agaknya. Ok, bila ia sudah mencukupi korang akan dapat mesej dari Nuffnang yang bertanya pada korang, sama ada korang nak buat permohonan bayaran atau tak.

Apabila aku klik pada permohonan bayaran, aku dapat mesej sekali lagi yang mengatakan Permohonan bayaran anda telah berjaya dihantar. Sila tunggu 30 hari bermula akhir bulan ini (60 hari bagi bukan ahli Glitterati) untuk bayaran di proses dan dihantar. Anda akan menerima emel dari kami setelah permohonan bayaran anda diproses. Apa yang aku paham kat sini, dia kata yang bayaran akan di buat dalam masa 60 hari kerana aku bukan ahli Glitterati. 

Jadi pada sesiapa yang telah klik iklan tu, aku ucapkan terima kasih banyak-banyak. Aku akan bagi duit tu pada sesiapa yang jadi pengikut aku yang ke 500...pasal tu kita akan bincang lain kali...hehehe..


Setelah selesai membuat permohonan bayaran

Dia akan jadi kosong balik bila dah buat permohonan bayaran

20100428

Tips Elak Diragut


Geram bila dengar orang di ragut, lebih marah jika dengar kawan sendiri di ragut. Aku merayu pada semua terutama kaum wanita, berwaspadalah korang apabila berjalan di kawasan yang berisiko. Janganlah korang ashik mengelamun atau termimpi-mimpi boyfriend/girlfriend semasa dijalan raya. Sentiasa amalkan Tips di bawah dan amalkan setiap hari. Lebih baik mencegah sebelum terjadi..

# Jangan letak beg tangan dalam bakul terbuka di depan motosikal.

# Simpan beg tangan dalam ruang atau tempat simpan berpenutup pada motosikal.

# Bawa dompet yang boleh disimpan dalam kocek. 

# Bawa payung untuk melindungi diri bila berdepan penjenayah.

# Berjalan bertentangan arus kenderaan supaya boleh nampak tindakan mencurigakan.

# Berhati-hati setiap masa dan tunjukkan kelakuan seolah-olah sangat cermat.

# Berwaspada mengeluarkan duit daripada mesin ATM atau ketika keluar masuk bank.

# Ketika berjalan, rapatkan beg tangan ke badan dan pegang erat dengan kedua-dua tangan.

# Jangan tinggalkan dompet atau beg tangan atas meja ketika makan di kedai.

# Jangan tunjukkan pamerkan kandungan dompet, terutama wang tunai atau barang kemas.


Keadaan mangsa yang dicari peragut :

a ) berjalan di lokasi yang sunyi dan gelap
b ) bersendirian atau berkumpulan 3 orang atau kurang
c ) berpakaian yang menyukarkan untuk bertindakbalas contohnya tight skirt, kebaya ketat dsb.
d ) menggunakan beg tangan yang bertali halus ( senang putus )
e ) berkasut tumit tinggi
f )  saiz badan yang kecil
g ) menyandang atau menggalas beg tangan semasa membonceng motorsikal

Panduan untuk mengelakkan :

a ) elakkan berjalan di lokasi yang mencurigakan
b ) sekiranya berjalan kaki, arah laluan mestilah berlawanan dengan arah lalulintas supaya kita dapat memerhatikan pergerakan kenderaan dari hadapan.
c ) seboleh-bolehnya berjalan dalam kumpulan
d ) pakaian yang bersesuaian
e ) sekiranya membonceng motorsikal, letakkan beg tangan dalam bakul motor dan ditutup ( contonya dengan sweater etc ). 

Tips Untuk Kekalkan Hubungan


1. TIGA PERKATAAN AJAIB
Mudah. Hanya 3 perkataan mampu membuatkan pasangan anda rasa dihargai. I Love You.. jangan terlalu berkira untuk mengungkapkannya saban hari tanpa perlu menantikan si dia terlebih dahulu mengucapkannya.

2. HAYATI HUBUNGAN ANDA
Meskipun hubungan anda telah lama, anda masih perlu menghargai dan menghayati hubungan anda seperti baru bermula.

3. TERUSKAN KEHIDUPAN BIASA
Jika anda suka bersukan , teruskan. Tidak perlu mengubah gaya hidup anda. Mana tahu pasangan anda turut ingin melakukannya bersama. Pasti tambah meriah malahan si dia akan lebbih memahami dan menghormati minat anda.

4. JANGAN TERLALU ROMANTIS
Romantis perlu dalam perhubungan namun janganlah berlebih-lebih sehingga merimaskan pasangan anda. Bimbang nanti bila sudah berumatangga, romantis ke mana, si dia ke mana.. Habis idea katakan..

5. KOMUNIKASI SECARA TERBUKA
Komunikasi yang betul adalah satu satu aspek terpenting dalam perhubungan. Kenali dan fahami isi hati pasangan anda. Janganlah cuba-cuba lakukan apa yang tidak disukai pasangan.

6. JANGAN KELAM KABUT
Jika pasangan anda orang popular dan dikenali ataupun seorang yang peramah, janganlah kelam kabut dan cepat cemburu. Hati si dia tetap milik anda. Jangan kerana sikap anda yang kelam kabut tidak tentu arah membuatkan si dia meluat dan berpaling arah.

7. PEKA DAN SENSITIF
Sensitif dan peka terhadap apa juga perubahan si dia. Mungkin si dia tidak meluahkannya dan mengharapkan keprihatinan anda. Selesaikan apa sahaja masalah bersama dan sentiasa ada disisinya bila diperlukan.

8. BIARKAN CABARAN DAN DUGAAN DATANG
Ada yang berkata, hubungan tambah manis selepas berjaya melewati pelbagai dugaan dalam percintaan mahupun alam berumahtangga. Itu akan emmbuatkan kita lebih mengenali pasangan. Jangan pula cepat melatah dan jadikannya sebagai masalah besar.

20100427

Strategi Memikat Wanita


Mengenali seseorang adalah detik terindah dalam kehidupan manusia. Baik lelaki mahupun wanita, perasaan yang sama tetap wujud. Sifat ingin mengenali seterusnya menjalin hubungan yang serius adalah lumrah bagi semua orang. Asal namanya membabitkan ‘hati dan perasaan’, semuanya adalah sama.

Namun adakalanya sebelum mengenali seseorang anda perlu tahu bila masa yang sesuai untuk mengenalinya. Malam? Siang? Pagi atau petang? Kadangkala kita hanya memikirkan waktu senggang kita sahaja tanpa bertanya adakah orang yang ingin kita hubungi itu juga berada dalam keadaan senggang? Kadangkala, ia meletakkan kita berada dalam situasi serba salah. Tidak dihubungi, hati kita memberontak ingin mendengar suaranya. Bila dihubungi, takut kita menganggu dirinya yang sedang bekerja! Jadi percaturan bagaimana harus anda letakkan sebelum anda menghubunginya seterusnya menjalin hubungan yang lebih serius.

1. Cari masa yang sesuai.

Kadangkala, secara tidak sengaja adalah ’saat yang paling indah dalam kehidupan manusia’. Ini adalah kerana adakalanya ketidaksengajaan itu adalah masa yang paling sesuai. Mengapa ia dikatakan begitu? ada ketikanya kita takut untuk menelefon seseorang kerana bimbang dia sedang sibuk atau sebagainya. Tanpa diduga, di pihak dirinya, dia sebenarnya sedang menunggu kita. Kalau masa yang kita telefon itu tepat, maka perbualan akan menjadi semakin rancak dan lebih menarik. Malah lebih banyak peribadinya akan dikenali. Tetapi harus diingat, pagi-pagi hari adalah waktu yang paling sibuk bagi kebanyakan mereka yang bekerja. Ia adalah permulaan waktu bekerja. Masa senggangnya boleh jadi memasuki waktu makan tengah hari. Paling baik, pada waktu malam kerana semua beban kerja sudah tiada.

2. Jangan buang masa.

Ada masa, kita agak sukar untuk memulakan sesuatu perkenalan. Pelbagai perasaan melingkari di kepala. Adakah dia berminat untuk meneruskan perkenalan, sudahkah dia berpunya dan pelbagai pertanyaan lagi. Sebenarnya lagi lambat anda memulakan langkah perkenalan, anda semakin rugi. Ini kerana “kesungguhan” antara faktor serta daya penarik di mana mereka beranggapan bahawa anda benar-benar serius ingin menjalin satu hubungan baru dengan dirinya.

3. Lebih berkeyakinan.

Tidak mencuba tidak tahu. Malah “makanan” tidak akan masuk ke dalam mulut, kalau kita tidak menyuapnya. Ini samalah dengan usaha. Kalau tanpanya, kita mungkin akan terus ketinggalan dan akhirnya orang yang kita minat itu akan diambil orang. Sebaiknya tingkatkan keyakinan diri kerana hanya orang yang berani sahaja akan berjaya mencapainya. Percayalah, dalam apa langkah sekalipun, keyakinan amat penting kerana ia adalah “pertahanan” terakhir dalam diri anda.

4. Anda perlu tahu apa yang anda lakukan.

Hal ini sangat penting. Ada orang ingin mengenali seseorang hanya sekadar untuk suka-suka sahaja. Ada orang pula, ingin mencari jodoh dan mengharapnya berakhir di jinjang pelamin. Justeru itu, sebagai lelaki anda perlu tahu apa yang anda lakukan. Apa kehendak anda dan bagaimana ia harus diakhiri. Ada orang ingin berkenalan, sekadar ingin menambah koleksi “kekasih” atau bilangan teman wanita. Ada orang pula, hanya sekadar suka-suka. Sebagai lelaki, fokus kepada apa kehendak anda. Jangan hanya dicabar oleh kawan, maka anda berusaha memikat hati si wanita dan bila sudah dapat, anda ingin meninggalkannya. Ia nyata satu perbuatan yang tidak baik dan hanya menghancurkan hati serta perasaan orang lain sahaja.

5. Teruskan persahabatan.

Sekali anda melangkah ke alam persahabatan atau perkenalan, teruskanlah ia sehingga ada sesuatu yang menghalang. Ingat, jangan sesekali berpatah balik hanya kerana ada perkara yang remeh. Ini hanya akan membuang masa anda dan juga dirinya. Malah ia juga tidak baik tentang soal hati. Apa pun, carilah masa yang paling sesuai untuk mengenali seseorang kerana bukan semua dapat menerima keadaan dengan sebegitu mudah.

P/s : Jadi pada sesiapa yang masih jadi bujang terlajak, sila baca dengan teliti...

30 Tips Memikat Lelaki


1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.

2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.

3. Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.

4. Jujur dan sentiasa merendah diri.

5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.

6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).

7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.

8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.

9. Jangan terlalu mengongkong.

10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.

11. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.

12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk 'plan' pertama memikat dirinya.

13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.

14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.

15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.

16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.

17. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.

18. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.

19. Jangan bandingkan 'dia' dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.

20. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.

21. Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.

22. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.

23. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.

24. Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.

25. Mengetahui bila hari lahirnya.

26. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.

27. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.

28. Agresif.

29. Jangan terlalu 'excited' ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.

30. Jangan terlalu bersikap 'kelakian' dan ganas dalam pergaulan.

Dunia Diakhir Zaman



Sedarlah sahabatku, kita semua sedang berada di akhir zaman. Sedarlah wahai sahabatku yang bumi semakin tenggelam disebabkan perbuatan kita semua. Manusia tidak lagi boleh berada di bumi ini...

Masyarakat sedang berpecah-belah. Dunia sedang berperang dengan penyakit, pertelingkahan semakin menjadi-jadi. Semua ini tidak ada jalan penyelesaiannya kerana telah tertulis yang semua umat akan berpecah belah bila sampai waktunya. Kiamat semakin dekat...kiamat semakin dekat.....


22 tanda hari Kiamat semakin hampir


1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui internet, iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.



Manusia Buat Silap Kemaafan Sifat Tuhan...Wallahualam.....



Tempat-tempat menarik di Langkawi


Salam semua, disini aku senaraikan tempat-tempat menarik yang ada di Langkawi. Pada sesiapa yang ingin ke Langkawi dan menempah tiket dan penginapan, korang semua boleh hubungi aku. Aku sebenarnya nak tolong seorang kawan dan kami menyediakan semua keperluan dari tempat parking kereta hingga anda pulang ke jeti..Jika korang semua merancang untuk pergi pada musim cuti sekolah, korang semua perlu membuat tempahan sebulan lebih awal..


Tanjung Rhu Langkawi
Tanjung Rhu terletak di sebelah utara Pulau Langkawi dan dinamakan Tanjung Rhu kerana terdapat banyak pokok rhu di sekitarnya .Pemandangan yang indah di sepanjang pantainya pasti memukau setiap mata yang memandang .

Perjalanan singkat dengan bot dari Tanjung Rhu akan membawa anda ke pintu masuk Gua Cerita yang menyimpan pelbagai cerita misteri,terdapat tulisan kuno yang masih belum dapat di tafsirkan sehingga kini masih boleh dilihat di dinding -dinding gua tersebut.


Pantai-pantai di Langkawi 
Pantai Kok,Pantai Cenang,Pantai Tengah,Pantai Pasir Tengkorok Datai dan Teluk Burau.. Pantai-pantai ini menawarkan suasana perkelahan yang yang mengasyikkan .Hotel mewah dan chalet di sediakan untuk kemudahan pengunjung.Bagi penggemar aktiviti lasak ,pelbagai kegiatan yang mencabar boleh diikuti.Manakala bagi penggemar makanan pula ,pelbagai juadah yang enak turut disediakan oleh restoran di hotel-hotel dan medan selera untuk dinikmati.


Tasik Dayang Bunting
Tasik Dayang Bunting terletak di sebelah selatan Pulau Langkawi ,di kelilingi oleh tumbuh-tumbuhan hijau ,merupakan tasik yang terbesar di Pulau Langkawi.Bukit bukau dan gunung ganang di sekeliling tasik tersebut kelihatanseolah-olah sepeti tubuh seorang wanita hamil yang sedang berbaring (boleh anda perhatikan melalui island hopping)Tasik dan pulau ini mendapat nama dari kisah dongeng masa lalu .Lagenda ini bermula dengan percintaan puteri kayanganyang mengahwini putera bumi .Anak sulong puteri tersebut mati apabila di lahirkan.Maka dengan rasa sedih beliau telah mengebumikan mayat anaknya di tasik tersebut .Sebelum pulang kekayangan ,beliau berdoa melalui saat itu ,setiap wanita yang tidak mempunyai anak akan dikurniakan anak sekiranya mandi ditasik tersebut .

Taman Laut Pulau Payar Langkawi
Taman Laut Pulau Payar terletak dibahagian utara Selat Melaka,kira-kira 19 batu nautika ke selatan Pulau Langkawi .Taman laut ini terdiri daripada Pulau Payar,Pulau Lembu,Pulau Seganang dan Pulau Kaca yang dikelilingi oleh batu-batu karang ..Ianya juga dipenuhi dengan pelbagai hidupan laut yang mempersonakan .Sesuai untuk aktiviti 'snorkling',menyelam dan berenang .Ada beberapa pantai pasir yang sesuai untuk berkelah ,tempat untuk barbeku dan bilik air di kawasan tertentu.Terdapat juga Kawasan Penerangan Pelawat yang menyediakan matlumat mengenai aman laut ini .Pelawat boleh ke Pulau Payar dari jeti Kuah menggunakan katamaran atau bot laju .Perjalan mengambil masa kira-kira 45minit.


Kuah- Langkawi
Pekan Kuah yang terletak di tenggara Pulau Langkawi merupakan pusat untuk pelancong berkunjung ke pulau-pulau lain dengan menggunakan feri .Nama 'Kuah' ini berasal dari cerita dongeng mengenai pergaduhan di antara dua ekor gergasi yang mengakibatkan sebelanga kari tertumpah di kawasan ini .Sempena dengan peristiwa tersebut ,tempat ini diberi nama 'Kuah'.Dahulunya ,Kuah hanya merupakan sebuah pekan kecil tetapi kini ia merupakan pusat bandar yang begitu maju dengan pelbagai kemudahan penginapan dan perniagaan tetapi ianya tidaklah sesibuk bandar-bandar besar yang lain .Kuah ialah pusat membeli-belh bebas cukai dengan berbag .ai barangan yang bermutu manakala restoran-restoran di sini menghidangkan masakan yang lazat terutamanya makanan laut


Makam Mahsuri Langkawi
Makam Mahsuri terletak kira-kira 12 km dari bandar Kuah .ia meupakan makam peringatan ke atas pengorbanan Mahsuri di Langkawi,sijelita yang telah dituduh melakukan perkara sumbang .Mahsuri dijatuhkan hukuman bunuh ditikam sehingga mati dengan sebilah keris .Menurut lagenda,darah putih mengalir keluar dari tubuh Mahsuri setelah ditikam dan saat-saat menemui ajalnya beliau telah bersumpah ke atas Pulau Langkawi yang mana ia tidak akam maju dan bahagia selama tujuh generasi.Samada dongeng atau mitos,tujuh generasi telah pun berlalu dan sekarang Langkawi mengalami arus pembangunan yang begitu pesat sekali .
Opening hours: Daily, 7.30 am - 6 pm

Kampung Air Hangat
Kampung Air Hangat terletak dikawasan seluas empat ekar kira-kira 14 km dari Kuah .Kompleks moden ini dihiasi dengan tiga tingkat pancutan iar panas dan mural dari batu sungai sepanjang 18meter yang menceritakan lagenda tempat tersebut .Demontrasi kraft tangan tempatan dan tarian kebudayaan juga diadakan setiap hari .Para pelawat yang meminati kraftangan boleh mengunjungi kedai menjual kraftangan tradisional yang terdapat disini..
Opening hours: Daily, 9 am - 6 pm

Langkawi Anna & The King Gallery
Tempat pengambaran filem yang indah dan mahal ini telah dibina oleh syarikat perfileman 20th Century Fox pada tahun 1999 untuk pembikinan filem 'Anna and The king'.Dibina keseluruhannya daripada kayu kayan tempatan oleh tukang kayu dari Malaysia dan luar negeri ,istana ini menyerupai istana tradisional kerajaan Siam pada zaman silam .

Langkawi Oriental Village
Oriental village merupakan satu lagi destinasi pusat membeli belah ,kebudayaan dan masakan yang terkini dan unit di Pulau langkawi.Direka khas untuk menyediakan suasana baru membeli-belah di pulau peranginanan bebas cukai ,ia juga turut menempatkan restoran-restoran bertema yang menyediakan berbagai jenis masakan Asia

Oriental Village menawarkan lebih daripada 470jenis jenama pereka antarabangsa dan tempatan serta 17000 jenis barang pasti memukau mata para pengunjung.Pertunjukan kebudayaan dan fesyen serta demontrasi kraftangan oleh pakar kraftangan menambahkan lagi suasan kemeriahan membeli belah di situ .Ia berdekatan dengan Langkawi Cable Car ,aktiviti menunggang Gajah dan Telaga Tujuh ,.
Opening hours: Daily, 10 am - 10 pm





Underwater World Langkawi

Di sini kita boleh menyaksikan berbagai hidupan laut yang di tempatkan didalam tangki kaca .Ia terletak di Pantai Cenang dan merupakan pusat tarikan yang menarik di Langkawi .Terdapat lebih 5000 jenis hidupan laut dipamerkan didalam lebih 100 tangki kaca yang berbagai saiz dan jenis .Tarikan utama adalah ikan-ikan yang besar seperti jerung,pari tropika,penyu serta yang terbaru seperti anjing laut ,penguin dan naga laut .Terowong sepanjang 15mtr telah di bina untuk kemudahan pengunjung berjalan sambil melihat keindahan hidupan laut yang mempersona.
Opening hours: Daily, 10 am - 6 pm

Pelayaran ke pulau pulau
Pelayaran (langkawi island hopping )ke pulau pulau di sekitar Langkawi amat menyeronokkan kerana pelancong akan dapat menikmati keindahan semulajadi pulau pulau berkenaan .Pelayaran tersebut akan melalui Pulau Dayang Bunting ,Pulau Beras Basah dan Pulau Singa Besar .Aktiviti yang menarik semasa island hopping ini ialah melihat burung -burung helang terbang berdekatan dengan kita untuk makan makanan yang di berikan oleh pemandu-pemandu bot pelancong tersebut .

Taman Buaya Langkawi
Taman Buaya Langkawi terletak di Kubang Badak jalan ke Datai dan Pantai Pasir Tengkorak lebih kurang 32km dari pekan Kuah .Disini terdapat lebih 1000 ekor buaya yang terdiri daripada pelbagai jenis spesis untuk tontonan orang ramai .Jika bernasib baik ,para pengunjung akan menikmati pertunjukkan keberanian manusia bermain dengan buaya pada jam atau waktu tertentu .
Opening hours: Daily, 9 am. - 6 pm. Tel : 04-9592559

Dataran Lang Langkawi
Dataran Lang terletak berhampiran dengan jeti Kuah .Tarikan utama ialah arca seekor Burung helang..

Menurut Lagenda ,Langkawi mendapat nama dari perkataan 'Lang' yang merupakan nama pendek bagi 'helang' .Manakala 'kawi' mengikut istilah melayu kuno bermaksut coklat.Maka Langkawi bermaksud Helang Coklat .Di dataran tersebut terdapat sebuah tasik yang indah ,restoran,jejambat ,jeti dan teres yang berbumbung .Kedudukkannya yang berdekatan dengan pantai menjadikan ia sebuah tempat yang menarik bagi pengunjung yang bersiar-siar dan juga menikmati makan malam.Di samping itu ia juga terletak bersebelahan Taman Lagenda Langkawi .

Dataran Lang ini kelihatan amat indah terutama di waktu malam .Arca Helang ini terletak di tempat yang strategik bagi mengucapkan 'Selamat Datang' kepada para pelawat yang mengunjungi Langkawi .

Galeria Perdana Langkawi
Galeria Perdana yang terletak di Kilim 10km dari Kuah menempatkan kira-kira lebih 2500 hadiah dan anugerah negara yang dihadiahkan kepada bekas Perdana Menteri Malaysia ,Tun Dr. Mahathir dan isteri .Bahan pameran yang terdapat di sini termasuklah barangan kristal ,barangan kulit,perak,tembaga,seramik dan kaca.Terdapat juga alatan seni muzik dan kraf silam,bahan tekstil dan senjata .Diantara bahan yang turut dipamerkan adalah koleksi prototaip kereta dan pacuan empat roda .

Pelawat tidak dibenarkan mengambil gambar didalam galeri ini.Sebuah kedah cenderahati terletak di galeria tersebut menjual gambar gambar bahan pameran yang di pamerkan.. Opening hours: Daily, 10 am - 5 pm; Public/school holiday, 9 am - 6 pm; Friday, 10 am - 2:15 pm & 3 pm - 5 pm.Phone : 04-9591498

Laman Padi Langkawi
Merupakan lokasi yang mesti dilawati oleh para penggemar pelancongan berasaskan pertanian .Terletak di Pantai Cenang ,kawasan pantai peranginan yang terkemuka Langkawi dan hanya 10minit dariLapangan Terbang ,Laman Padi Langkawi menjadi pusat untuk mempamirkan sejarah ,warisan dan kemajuan industri penanaman padi negara .

Diantara tarikan disini ialah muzium beras yang mempamirkan artifak ,carta dan gambar menunjukkan kepentingan penanaman padi kepada negara.Pelawat berpeluang menikmati pemandangan laman ini dari taman atas bumbung .Anda boleh cuba menanam padi menggunakan cara tradisional serta menuai menggunakan cara moden .Terdapat juga restoran serta pusat urut disitu .
Opening hours: Daily, 10 am - 6 pm.Telefon : 04-9553415


Taman Legenda Langkawi
Taman ini mengandungi pokok pokok bunga dan buah buahan tempatan yang memberikan satu pemandangan yang cantik dengan berlatarbelakang kan bangunan warisan Malaysia dan bahan bahan kebudayaan .Di dalam lawatan tersebut anda akan dapati segala kisah sejarah dan tempat tempat yang terdapat di Langkawi di ceritakan di sini .
Opening hours: Daily, 8 am - 11 pm


Komplek Budaya Kraf Langkawi
Terletak di Teluk Yu di sebelah utara Pulau Langkawi ,kira kira 30 minit perjalanan dengan kenderaan dari lapangan terbang atau 35 minit dari pekan Kuah .Terletak di atas bukit mengadap laut ,komplek yang indah ini menawarkan berbagai jenis kraftangan Malaysia seperti batik tulisan tangan dan barangan perak yang di ukir halus . Opening hours: Daily, 9 am - 6 pm.Tel : 04-9591913


Tasik Dayang Bunting Langkawi
Tasik Dayang Bunting terletak disebelah selatan Pulau Langkawi ,dikelilingi oleh tumbuh-tumbuhan hijau ,merupakan tasik yang terbesar di kepulauan Langkawi .Deretan bukit dan gunung di sekeliling tasik tersebut kelihatan seolah-olah seperti tubuh seorang wanita hamil yang sedang berbaring.Tasik dan pulau ini mendapat nama dari kisah dongeng masa lalu .Lagenda bermula dengan percintaan puteri kayangan yang mengahwini putera bumi .Anak sulung puteri tersebut mati selepas di lahirkan .Maka dengan rasa sedih beliau telah mengebumikan mayat anaknya di tasik tersebut .Sebelum pulang kekayangan ,beliau berdoa mulai dari saat itu ,setiap wanita yang tidak mempunyai anak akan dikurniakan anak sekiranya mandi di tasik itu .


Sungai Kilim Langkawi
Untuk mereka yang gemar menghayati keindahan alam ,Langkawi menawarkan pemandangan indah dan pengalaman yang sukar dilupakan ,aktiviti pelayaran dengan bot ke Taman Alam Sungai Kilim,sebuah dunia yang berlainan sama sekali .
Taman seluas 100kmpersegi ini diselubungi kehijauan hutan paya bakau yang dilindungi ,serta ditaburi pantai terpencil yang putih bersih dan teluk kecil dengan air yang biru dan jernih .

Struktur batu kapur yang muncul dari lantai paya bakau dan laut membentuk keunikan geologi yang menakjubkan dengan gelaran seperti kuil Borobudur,Batu Gajah dan Taman Gantung.Selain itu Gua Cerita dan Gua Kelawar yang dikaitkan dengan lagenda dan pelbagai kisah cinta dan misteri menanti anda .


Langkawi -Telaga Tujuh (Seven Wells)
Telaga Tujuh terletak disebelah barat laut Pulau Langkawi ,Telaga Tujuh merupakan telaga yang terbina dari kejadian bumi yang menakjubkan .Dinamakan Telaga Tujuh kerana air terjun ini terbentuk dari pecahan 7 telaga semula jadi .Kehijauan pepohon disekitar Telaga Tujuh menambahkan lagi suasana tenang disekelilingnya .Mengikut lagenda ,puteri-puteri dari kayangan sering mandi-manda di telaga ini.

Regards
Taaz Kayangan Enterprise
(0174436268 - 0137236389)

20100425

Uji Blog Anda


Salam semua, masa aku guna blogspot dulu aku suka letak banyak widget. Masa tu blog aku agak berat, boleh dikatakan hari-hari ada saja widget baru yang aku letak dan bila aku dah menguji widget tu aku akan buang balik.

Hari ni aku nak ajak korang semua kita test kelajuan dan berapa berat blog korang loading...

Kat sini aku ingin kongsikan Tools yang boleh kenal pasti samaada blog korang berat atau tak dan menguji seberapa cepat blog korang akan memaparkan main page (loading)

Hasil yang di tampilkan mengikut Size, Loading Time dan Average Speed per KB (Saiz, Masa Paparan dan Purata Kelajuan per KB). Apa yang anda perlu perhatikan adalah Saiz kerana Loading Time dan Average Speed per KB akan selalu berubah. Jika hasil ujian menunjukkan blog tersebut melebihi 200KB anda perlu mengurangkan beberapa widget / gadget didalam blog anda seperti Jam, Kalender Dan lain².




Your domain(s): Enter each address on a new line (Maximum 10)




(eg. akubadboy.blogspot.com)


Powered by iWEBTOOL

Tidur Dan Mimpikan 1 Nama


Aku hari ni takda buat apa-apa yang diluar kawalan, cuma ashik dok tolong mencari nama untuk sorang blogger ni yang nak Domain Name yang pelik-pelik. Contohnya www.cinta.com, aku cuba buat pemeriksaan nama domain malangnya ia dah digunakan oleh orang yang tak bertanggungjawab. Maksud aku, apa yang ada kat site tu tak seperti yang aku gambarkan. Aku cuba pula try guna blogspot punya, sekali lagi menghampakan. Aku cakap kat dia nama-nama yang popular macam cinta ni memang susah nak dapatkan, sebab orang lain dah fikir lebih awal dari kita. Aku harap malam ni dia tidur lena dan mimpikan satu nama yang ada...heheheee..

P/s :Tak semua yang kita nak kita dapat, selalunya apa yang kita nak ada pada orang lain yang kadang-kadang kita fikir kita lebih berhak dapat dari orang itu. Jadi buat blogger tu aku harap dia bersabar dan terus mencari dan mencari, lagi dan lagi..dah cuba banyak tapi takda yang berkenan...hehehe..Jangan marah aaa...

20100423

"Bulan" by Kayant & Intan Nor Saina


Sorry semua kalau YouTube ni beratkan blog aku dan menyusahkan korang, tapi kalau berat sangat sampai tak boleh nak buka, korang komen jer kat bawah. Aku akan delete serta merta, sebab kalau ia menyusahkan korang baik aku buang jer, sebab  aku menulis pun untuk korang semua,tapi aku nak sangat buat entri ni sebab aku minat sangat dengan lagu Bulan ni. Jangan marah aa...ada lagi yang best korang klik kat My Youtube jer. Sebelum tu jangan lupa baca entri Siapa Anda?? dan Vote . Jom kita layan lagu ni.huhuhu..

20100422

Siapa Anda??


Salam pada semua geng badboy. Badboy ada satu pemintaan. Badboy ada buat satu pengundian, untuk mengetahui siapa pelawat/pembaca blog badboy. Badboy perlu tahu siapa korang semua bagi membantu badboy menulis entri berkaitan dengan jiwa korang. Badboy berharap korang vote dengan jujur supaya badboy dapat maklumat yang tepat. Korang hanya perlu vote sekali sahaja dan ia bermula pada hari ni 22/4/2010 sehingga 22/5/2010. Badboy mengucapkan ribuan terima kasih pada sesiapa yang sudi vote.

20100421

Memancing Memang Best


Aku minat giler memancing, lebih-lebih lagi dengan cara casting atau lebih tepat lagi menggunakan umpan tiruan. Sapa cakap memancing ni tak best, kalau korang dah dapat ikan, aku jamin korang pasti ketagih macam blogging jugak la. Tapi aku takda la sampai sangup berdiri diatas sebatang kayu sambil memancing, macam gambar di atas ni.

Aku takda la banyak sangat pengalaman memancing ni tapi sikit-sikit tu ada ler. Aku pernah memancing ikan puyu kat tepi sawah, tak perlu modal yang besar tak sampai RM50 pun korang dah boleh memancing bertahun-tahun. Aku pernah giler memancing ikan siakap masa dapat Projek cuci sungai, dalam sungai tu penuh dengan ikan siakap. 

Rezeki kami lah masa tu hari-hari makan ikan siakap. Nak mancing siakap ni modal besar sikit batang joran Rm190 + Mesin Rm250, masih ada sampai sekarang. Aku pernah mancing kolam, nak jerat siakap segar la ni, ni modal lagi besar. Bayaran untuk 3jam mancing RM35, umpan kena beli sendiri kalau dapat alhamdulilah kalau tak dapat pun alhamdulilah tapi terbang la duit Rm35. Tapi giler mancing kolam ni pelik sikit, cuba bayangkan kalau seminggu 4 kali korang pergi= 

Rm35+Rm35+Rm35+Rm35 = Rm140 seminggu

Kalu dapat makan ikan segar, kalau tak balik kena marah..hehehe


20100420

Kereta Terbakar Kenapa Dan Mengapa??


Sebagai pemandu kereta aku dapat rasakan yang ramai nak tahu apa punca yang menyebabkan berlakunya kebakaran sewaktu kemalangan berlaku. Adakah ia berpunca daripada pemanduan kita, keadaan jalan, minyak yang digunakan sekarang atau kereta sekarang  menggunakan bahan-bahan yang berbahaya dan boleh menyebabkan kebakaran apabila berlaku kemalangan.

Aku pernah mengalami kemalangan pada 7 tahun lepas, aku menaiki sebuah MPV (Honda) masa kemalangan tu berlaku. Masa tu bulan puasa 3 hari lagi nak sambut hari raya. Kalau korang tengok kereta tu memang korang akan cakap yang pemandu dia mati atau orang yang ada dalam tu mesti mati. Masa tu dalam pukul 10 malam dan aku yang memandu kereta tu bersama 3 orang lagi kawan. Masa dekat dengan selekoh, aku tiba-tiba hilang kawalan dan terus melanggar pokok dan kereta terpelanting dan jatuh kedalam sungai (parit). Walaupun kemalangan tu teruk tapi allah masih sayangkan kami, tidak ada seorang pun tercedera walaupun calar.

Kenapa kemalangan banyak mengakibat kebakaran. Dalam beberapa bulan ni aku banyak berjumpa dan terdengar tentang kemalangan yang menyebabkan kebakaran dan yang paling dekat dengan kita sekarang arwah achik spin yang meninggal akibat kereta terbakar sewaktu kemalangan. Adakah semua yang berlaku ini biasa atau ianya luar biasa. Aku pernah berbincang mengenai hal ni waktu melepak dengan kawan-kawan di kedai kopi. Dalam banyak-banyak jawapan aku tertarik dengan 2 jawapan yang disuarakan oleh kawan aku, dia kata minyak kereta sekarang bukan macam dulu dan yang seorang lagi kata orang sekarang malas nak servis kereta di tempat yang sepatutnya, maksudnya pengguna sekarang banyak guna barang tiruan. Aku pun nak tahu juga apa puncanya dan pada korang yang tahu jomla pakat-pakat kongsi manalah tahu dengan kemon korang ni dapat menyelamatkan nyawa orang yang korang sayang.

20100418

Jangan Malukan Diri Anda Pada 1 Malaysia


Jangan malukan diri anda pada 1 Malaysia..itu yang aku nak pesan pada sesiapa yang terbaca entri ni. Aku ada terlihat masa pemilihan Mentor ...nak tergelak pun ada, nak terkencing pun ada, buat apa la nak malukan diri sendiri kalau dah tahu diri tu tak boleh menyanyi. Sebelum pergi tu berdiri dulu di depan cermin, tanya pada diri atau tanya mak ke, adik ke, abg ke boleh ke tak aku menyanyi..Patut Tv3 ni cek dahulu rekod kesihatan diorang supaya yang tak berapa sihat tu tapis habis-habisan. Buat malu mak bapak je....

20100417

Pergi Meninggalkan Kita


SEREMBAN 17 April – Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini. Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.Pada masa ini, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini. Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut. – Utusan "

3 Column Minima Template



Sapa nak template 3 column yang paling best pernah aku guna masa blogspot dulu. Kalau korang jenis yang suka letak widget banyak-banyak atau masih lagi baru nak belajar cara-cara nak meletakkan widget mungkin korang perlukan template yang mempunyai cukup ruang untuk meletakkan widget-widget ni. Jadi aku syorkan pada korang template 3 column jenis Minima, walaupun ada sesetengah blogger yang tidak menyukai blog yang mempunyai widget yang banyak tetapi apasalahnya kalau ia disusun dengan kemas dan cantik.

Kalau korang semua Download dari www.akubadboy.com, aku telah ubah suai sedikit dengan membuang Navbar dan mengubahsuai warna dan menambah beberapa pekara agar ia nampak lebih cun kalau korang guna nanti. Sebenarnya aku telah menggunakan template ni hampir 5 bulan dan aku sangat merindui masa aku menulis dengan menggunakan template ni. Template ni lebih cun kalau korang letakkan header begambar yang menunjukkan identiti anda. Kalau ada apa-apa pertanyaan mengenai template ni sila tinggalkan di ruang komen..

20100416

Kenapa Aku Memilih www.akubadboy.com



Pernah tak korang semua dengar tentang www.badboy.com?. Mungkin korang pernah dengar atau pernah lihat apa yang ada di sana. Disini aku nak ceritakan sedikit tentang kenapa dan mengapa aku memilih nama akubadboy.com sebagai URL blog aku. Dahulu sebelum aku belum mengenali apa itu Blog dan tujuan seseorang itu menulis Blog, aku adalah peminat website www.akubadboy.com. Apa yang ada disini menarik minat aku.

Minat terhadap www.badboy.com telah menyebabkan aku mencipta sebuah Blog yang bernama http://akubadboy.blogspot.com, dengan nama ini kini... sikit demi sedikit aku telah melangkah ke DOMAIN sendiri daripada http://akubadboy.blogspot.com ke www.akubadboy.com.

Ok..apa yang ada di ww.badboy.com susah kalau nak di ceritakan kerana korang kena lihat sendiri..akubadboy bukanlah apa yang ada dalam diri aku..aku masih lagi goodboy..hehehe..aku letak nama tu sebab aku minat kat website ni dan masa tu tengah tercari-cari nama yang lain daripada orang untuk aku letak kat blog aku masa tu..tapi bila dah guna dan dah ramai yang kenal nama tu, rasa sayang pulak nak tukar ke nama lain.hehehee

20100415

Impian Menjadi Kenyataan




Terima kasih aku ucapkan pada semua yang selama ini menyokong aku, tak kisah la yang menyokong atau yang membenci hehehe.. Pada sesiapa yang masih belum perasan cuba lihat betul-betul URL blog aku, hari ini 15.04.2010 pada pukul 3.00 petang aku telah melakukan pembayaran untuk membeli DOMAIN NAME dengan harga RM38.OO. Proses untuk aktifkan Domain Name baru tak sampai 24 jam walaupun tempoh yang diberi 24 jam.

Aku ingin minta maaf pada korang semua yang datang ke Blog aku dalam masa 24jam ni kerana aku telah buat private dalam masa tu kerana ingin menukar template dan mengubahsuai template baru yang akan aku guna untuk DOMAIN NAME baru aku ni. Sebenarnya blog aku masih dalam proses untuk menambah baik, apa yang ada dekat blog aku sebelum ni yang aku telah buang semuanya dan kini masa untuk meletakkanya semula.

Aku memilih template baru ni kerana boleh dikatakan semua yang di perlukan seperti menukar warna, saiz font dan ruang untuk menambah alat telah tersedia. Aku tidak perlu lagi bermain dengan coding untuk menambah atau mengubahsuai template aku seperti sebelum ni. Template yang baru ni bertemakan simple dan ringan...hehehee....tak seperti sebelum ni yang terlalu banyak widget yang aku letak. Oklah, rasanya dah panjang lebar aku cerita. Terima kasih kerana sudi membaca.hehehehee..

20100414

Tips Untuk Kurangkan Kecederaan Semasa Di Jalanraya


Tips untuk di kongsikan dengan anda semua semasa berada di jalanraya. Untuk mengelakkan kecederaan yang teruk semasa di jalanraya senang je, kurangkan menaiki Motor dan banyakan menaiki kereta. Sumber yang mengatakan kebanyakkan kemalangan maut terdiri daripada penunggang Motor.

Pada zaman dahulu kita tidak berapa kisah sangat dan Motor menjadi pengangkutan utama untuk ke tempat kerja atau bersiar-siar dan pada masa dahulu juga kenderaan seperti kereta, lori dan bas tidak banyak di atas jalanraya.

Pada zaman sekarang boleh di katakan setiap rumah mempunyai lebih daripada satu kereta dan cuba anda semua banyangkan berjuta-juta kenderaan yang lebih besar daripada Motor anda dan jika anda menungang motor dan kemalangan berlaku anda mungkin mengalami kecederaan yang teruk dan boleh membawa kepada maut.

Kalau anda semua sayangkan isteri anda jangan berjimat untuk mengisi minyak kereta dan pastikan isteri anda menaiki kereta semasa ke tempat kerja, suami yang sayangkan isteri mestilah mengutamakan isteri dan bukan duit minyak. Aku menulis berdasarkan pengalaman yang berlaku kepada kawan aku yang mempunyai kereta dan tidak membenarkan isterinya menaiki kereta atas alasan minyak kereta yang semakin mahal. Isterinya terpaksa menanggung kesakitan apabila berlaku kemalangan dan dia sedar yang dia yang menyebabkan isterinya mengalami kecederaan yang teruk semasa kemalangan.

P/s : abaikan jika anda tidak mempunyai kereta...hehehee.... Orang zaman dahulu mati di sebabkan penyakit, orang sekarang mati di sebabkan kemalangan.

20100413

Tips Untuk Ringankan Shoutbox Anda



Semua orang suka shoutbox tapi aku rasa ada yang tak suka, blog yang takda shoutbox tu maknayna dia tak suka bukan dia tak pandai nak letak. So aku nak kongsikan dengan korang semua Tips yang jarang orang buat dan boleh kurangkan masalah loading blog anda.

Ok, senang je caranya

Cuba tengok kat bahagian shoutbox anda, berapakah mesej yang ada di shoutbox anda? So u delete semua mesej anda kecuali frontpage shoutbox anda.

Ok tu je yang perlu korang buat. Kalau dah tahu abaikan msg ni.

20100410

Fiza Pengacara Nona Kawin (Rumah Pengantin Lelaki)


Hari ni 10.4.2010 jam 1.35Pm Fiza yang mengacara rancangan NONA  tiba ke rumah pengantin lelaki dengan selamat dan membawa rombongan besar ke Perlis. Sebenarnya FIZA berkahwin dengan orang sebelah rumah aku dan gambar yang korang lihat kat atas baru  10 minit aku ambil. Oklah aku nak keluar pergi cuci mata dulu nanti kalau ada lagi gambar yang aku sempat ambil, aku akan letak lagi.

Aku Ingin Kembali Ke Zaman Sekolah



Kalulah masa boleh berputar  balik, aku ingin kembali ke zaman sekolah. Zaman di mana ketawa lebih kuat dari sekarang, zaman di mana tak perlu pening-pening pikir pasal nak cari duit, zaman di mana kali pertama menghisap rokok, zaman di mana berseronok dalam satu kumpulan yang besar (geng), zaman di mana bila petang saja bersiap nak ke padang bola, zaman di mana setiap bulan pergi ke KFC sambut Birthday kawan-kawan dan mesti kebas sebotol sos KFC, zaman di mana kali pertama jatuh cinta.

Aku sebagai insan biasa sangat merindui zaman sekolah menengah yang telah berlalu pergi dengan begitu cepat sekali dan meninggalkan banyak kesan dalam hidup aku. Kalaulah boleh berpatah balik aku ingin walaupun sekali.

20100401

Pantang Nampak Kedai Pizza Hut

Budak Yang Suka Makan Pizza
Bila Begambar Di Pizza Hut Mesti Dia Buat Mcm Tu
Dia Juga Sukakan Ni
Makanan Wajib Bila Ke Pizza Hut
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...