Sorry Bro Kabur Sikit...
Hai korang semua. Entri kali ni aku nak menceritakan pada korang semua yang aku dah dua kali cashout Nuffnang. Ini adalah kali yang kedua aku cashout. Sebenarnya aku pun tak berapa mengharap kerana aku mengangap yang semua ini adalah kebetulan semata-mata.
Cashout kali pertama adalah pada 28 April 2010 dan sebulan kemudian aku cashout kali kedua iaitu pada hari ni 31 May 2010. Pada 28 April hari tu semasa aku menebus pendapatan hasil klik Nuffnang. Status Keahlian aku bukan Glitterati, ini bermakna aku terpaksa menunggu selama 60 hari untuk mendapat cek daripada Nuffnang.
Selepas beberapa minggu aku dapati yang status keahlian aku telah berubah kepada Glitterati. Apa yang aku herankan, status keahlian aku sering berubah, kadang-kadang Glitterati dan kadang-kadang tak.
Jika korang bertanyakan kepada aku, apa tips yang aku amalkan untuk cashout Nuffnang, aku akan berkata yang aku tidak mengamalkan apa-apa tips sekalipun. Aku pun tak tahu sapa lah yang rajin sangat klik Nuff aku sampaikan dua bulan berturut-turut aku cashout Nuffnang.
Kalau korang nak tahu apa yang paling seronok bila cashout, masa aku menunggu cek daripada Nuffnang, ini kerana aku teringin sangat nak tunjukan pada korang cek yang Nuffnang hantar pada aku untuk tontonan korang semua....
Kalau korang nak tahu apa yang paling seronok bila cashout, masa aku menunggu cek daripada Nuffnang, ini kerana aku teringin sangat nak tunjukan pada korang cek yang Nuffnang hantar pada aku untuk tontonan korang semua....













.jpg)
















